Pages

Friday, April 26, 2013

My Dearness vampire ~Prolog~

16 TAHUN YANG LALU, 

          Di dalam kedinginan salji yang turun pada waktu malam itu kelihatan kelibat wanita yang sedang mengendong bayi ditangannya. Dia kelihatan seperti dalam keadaan keletihan kerana terpaksa melarikan dirinya daripada musuh yang bernama Arvin.

          Wanita itu kemudiannya berhenti seketika di sebatang pokok untuk merehatkan tubuhnya yang lesu. Baru sahaja dia ingin melabuhkan punggungnya disitu, kedengaran derapan kaki dikawasan berhampiran dengannya. Dia kemudiannya menyorok disebalik pokok dan mengintai dari situ.

          Beberapa orang pengikut setia Arvin nampaknya sedang giat melakukan rondaan secara besar-besaran untuk memburunya dan bayi dalam dakapannya. 'Aku mesti meninggalkan tempat ini dengan segera. Tapi aku tak mungkin akan mampu memelihara anak ini,' gumam wanita itu.

          Wanita itu meneruskan perjalanannya dan berhenti di hadapan sebuah rumah. Dia kemudiannya meletakkan bayi dalam pelukkannya itu di muka pintu rumah berkenaan. Seutas rantai dikeluarkan lalu dipakaikan ke leher bayi itu.

          "Semoga rantai ini akan mampu terus menjaga dan melindungi kamu dari sebarang bahaya,' ucapnya sebelum pergi.

Thursday, April 18, 2013

BaRu BuKaK

Ni baru nk bukak blog. Jd buat masa ni, masih belum isi apa2 lg...