Pages

Wednesday, May 1, 2013

My Dearness Vampire ~Bab 1~

          Suasana tengah malam di ibu kota Seoul itu kelihatan sunyi apabila ramai diantara penduduknya yang sudah lama dibuai mimpi. Kelihatan kelibat seorang gadis yang sedang melalui kawasan yang agak tersorok dan gelap.

          "Tak guna punya Encik Young Guk!!! Ada ke patut bagi kerja kat aku last-last minute macam ni. Tak pasal-pasal aku kena balik lambat hari ni," bebel gadis itu sendiri.

           Tanpa disedari oleh gadis itu, ada dua pasang mata yang sedang merenungnya tajam dari sebuah bumbung bangunan. "Nampaknya malam ni aku akan dapat makanan tambahan lagi...kata seorang daripada mereka yang tersenyum sinis.

          "Kau nak darah perempuan tu ke, Ji Hoo?" soal seorang lelai yang bersama Ji Hoo sambil matanya memandang wajah gadis yang kelihatan agak samar kerana kawasan tersebut yang gelap.

          "Mestilah Kelvin, takkanlah nak lepaskan rezeki depan mata macam tu je..." balas Ji Hoo sebelum melompat ke hadapan gadis itu.

          Tiba-tiba bulu romanya meremang. Terasa seperti ada orang yang sedang mengekori dan memerhatikannya. Gadis itu memerhatikan keadaan sekeliling sebelum mempercepatkan langkahnya untuk pulang. Terkejut dia apabila seorang lelaki muncul dihadapannya secara mengejut.

          "K... ka...kau ni sapa? Ma... macam mana kau ada kat sini?" takut-takut dia bertanya kepada Ji Hoo. Jantung gadis itu berdegup kencang apabila melihat perubahan pada wajah Ji Hoo. Iris mata Ji Hoo bertukar menjadi merah menyala dan sepasang taring yang tajam kelihatan dimulutnya. Dia ingin melarikan diri tapi kakinya seakan-akan kaku.

          "Sudi tak kau berikan darah kau kepada aku," bisik Ji Hoo ditelinga gadis itu sambil mengusap perlahan pipi mulus miliknya.

          Bagaikan dipukau, gadis itu hanya mengangguk perlahan. Ji Hoo tersenyum dan tanpa menunggu lama dia terua membenamkan taringnya ke leher gadis itu. Semakin lama tubuh gadis itu semakin lemah sehingga tidak mampu  berdiri tegak lagi. Setelah selesai Ji Hoo hanya membiarkan tubuh gadis itu terbaring lemah di tepi lorong.

                                   #################  

          "In Na, cuba kau tengok tajuk berita hari ni," kata Yuri yang ingin menarik perhatian In Na yang sedang membuat persiapan untuk ke sekolah.

          "Berita apa yang menarik sangat tu? Kalau setakat pasal artis kegemaran tu, baik tak payah."

          Yuri hanya mencebik. "Bukanlah. Ni hah SEORANG LAGI DITEMUI MATI DENGAN KESAN KECEDERAAN DILEHER" Yuri membaca tajuk berita akhbar tersebut.

          Tajuk berita sedikit sebanyak telah dapat menarik perhatian In Na. "Masuk kali ni, dah empat kali kes macam ni berlaku. Dahlah dekat dengan kawasan perumahan kita ni. Nampaknya dah tak bolehlah kita keluar malam-malam lagi."

          "Aku sokong cakap kau tu... Tapi kau tak rasa pelik ke?"

          "Apa yang peliknya? Aku tak pahamlah." soal In Na kembali.

          "Maksud aku ialah cara diorang bunuh mangsa. Yelah macam ala-ala vampire gitu..."balas Yuri.

          Ketawa In Na meletus mendengar balasan Yuri. "Kuat betulkan kau berangan... Kat dalam dunia ni mana wujud benda-benda macam tu. Karut je tu!!! Kau ingat ni dunia fantasi ke, ada vampire, witch dan seangkatan dengannya?!" In Na menyangkal pendapat Yuri.

          "Takpe, sekarang ni bolehlah kau cakap besar. Besok kalau dah kena batang hidung sendiri baru tahu," balas Yuri.

          "Yelah, apa-apa jelah Cik Yuri. Nak tunggu kau ni habis bercakap bercakap sampai besok pun takkan habis. Dahlah aku chow dulu. Bye..." In Na terus meninggalkan Yuri.

__________________________


          In Na terus memecut laju untuk ke sekolah apabila melihat jam ditangannya yang menunjukkan sesi persekolahan akan bermula sebentar lagi sebelum dia terlanggar dengan seorang lelaki. Sempat dia memandang wajah lelaki itu sebelum tunduk sedikit serta meminta maaf dan menyambung lariannya.

          Ji Hoo mengerutkan dahi apabila melihat gadis cantik yang melanggarnya itu kerana merasakan badannya bertindak balas terhadap In Na apabila gadis itu melanggarnya. Ji Hoo terus merenung In Na sehingga kelibatnya hilang dipandangan mata.

          Ji Hoo hanya tersedar apabila bahunya ditepuk seseorang. Dia menoleh dan melihat gerangan yang menegurnya itu. Tiga orang pemuda termasuk Kevin menyapanya.

          "Kau rupanya Darien... Ingatkan sapa tadi."

          "Kau pandang apa tadi? Kusyuk betul kitorang tengok, sampai banyak kali panggil pun tak dengar," soal Jung Woo.

          "Takde, apa-apalah. Jomlah kita pergi," mereka terus berlalu pergi.