Pages

Monday, October 14, 2013

My Dearness Vampire ~Bab 6~

SALAM AIDILADHA UNTUK SEMUA PENGUNJUNG BLOG NI. SORRY SEBAB DAH LAMA TAK UPDATE BAB BARU. OTAK TENGAH SERABUT NK SPM NIE. NI BARU SEMPAT ALYN TAIP BALIK... ENJOY OKAY...

SEBULAN KEMUDIAN....

          Riuh-rendah suasana di dalam kelas 4-D, tidak langsung mengganggu In Na yang sedang enak tidur di tempat duduknya. Disebabkan kerja sambilan pada waktu malam malam yang dilakukannya menyebabkan dia sering tidak dapat tidur secukupnya.

          Kelas yang bising tiba-tiba bertukar senyap apabila bunyi ketukan yang agak kuat di bahagian pintu kelas. Seketika kemudian, susuk tubuh yang tidak asing lagi masuk ke dalam kelas.

          "Weh.... Bangunlah! Cikgu dah masuk tu." Seorang pelajar perempuan yang duduk di hadapan In Na membangunkannya. In Na yang baru bangun itu hanya terkebil-kebil memandang temannya itu.

          "Amboi-amboi! Bising macam pasar malam kelas kamu ni... Dari hujung lagi cikgu dapat dengar suara kamu yang bingit tu," sindir Cikgu Han Mu Young yang merupakan guru kelas 4-D.

          Pelajar-pelajar dalam kelas berkenaan hanya tersengih. "Alah cikgu ni macam tak biasa plak dengan kitorang," jawab salah seorang pelajar lelaki di kelas itu.

           "Bangun semua...!!! Selamat pagi cikgu," ucap ketus kelas mereka dan diikuti pelajar yang lainnya.

          "Pagi, murid-murid. Duduk semua. Hari ni sebelum kita mulakan kelas, cikgu nak memperkenalkan seorang pelajar baru yang akan masuk ke kelas kita." Cikgu Mu Young kemudiannya memanggil pelajar baru berkenaan masuk ke dalam kelas.

          Masing-masing mula berbisik sesama sendiri apabila pelajar baru itu mula melangkah masuk ke dalam kelas. Terbeliak mata In Na melihat wajah pelajar baru itu. Bagaikan tidak mempercayainya.

          "KAU!!!" In Na bangun seraya tangannya dihalakan ke arah pelajar baru berkenaan. Semua orang di dalam kelas memandangnya pelik. Pelajar baru itu hanya tersenyum dengan reaksi In Na ketika menyedari kehadirannya.

          "Ada apa-apa masalah ke, In Na?" tanya Cikgu Mu Young.

          In Na hanya menggeleng dan kembali duduk di kerusinya. Namun, matanya tak lepas memandang pelajar itu.

          "Baiklah, murid-murid. Ini adalah pelajar baru kelas kita. Sila perkenalkan diri kamu..."

          "Selamat pagi, semua. Nama saya ialah Seo Ji Hoo. Keluarga saya baru je berpindah ke sini. Jadi, tolong beri tunjuk ajar kepada saya," ucapnya ramah dan tunduk sedikit sebagai tanda hormat.

           "Baiklah kalau macam tu. Ji Hoo, kamu boleh duduk di meja kat belakang tu. Sebelah In Na. In Na! Tolong bantu Ji Hoo apa yang patut, ya?"arah Cikgu Mu Young. In Na menggangguk lemah.

______________________________________


          Sudah hampir dua minggu, Ji Hoo sekelas dengan In Na. Dua minggu rasanya bertahun-tahun bagi In Na. Apa taknya? Lelaki itu tak habis-habis melekat dengannya sepanjang masa. Bahkan semua orang menyangka mereka sedang menjalinkan hubungan istimewa. Yuri juga tidak terkecuali mempercayai gosip berkenaan, meski pun dah berbuih dia menafikannya.

          "Yah!!! Kenapa kau ni tak habis-habis nak melekat dengan aku? Tak ada tempat lain nak pergi ke?!" marah In Na apabila Ji Hoo tetap berada di sisinya meski pun pada masa itu sekitar sekolah sudah lengang kerana ramai dalam kalangan pelajar sudah pun pulang.

          "Kenapa kau selalu layan aku dengan kasar? Walaupun aku dah buat baik dengan kau, hah?" In Na berundur sedikit ke belakang apabila Ji Hoo mendekatkan wajahnya. Wajah Ji Hoo betul-betul di depan wajahnya. Terasa nafas hangat lelaki itu menyentuh kulit mukanya.

          "Bukan urusan kau lah, vampire!!!" Dia menolak jauh tubuh Ji Hoo yang menghimpitnya dan mula berjalan keluar. Ji Hoo tersenyum sinis.

          Sesekali In Na menoleh dan dia dapat melihat lelaki itu masih mengikutinya dari jauh di belakang. Dia tetap berjalan laju. Tepat di depan pagar sekolah, In Na melihat sebuah kereta mewah yang tidak asing lagi baginya.

          'Hei, tukan kerta abang Min Hoo,' desis In Na dalam hati. Dia berlari-lari anak mendekati kereta berkenaan. In Na mengetuk perlahan cermin tingkap kereta itu. Min Hoo segera keluar dari kereta, membuka pintu sebelah penumpang sebelum In Na memasuki keretanya. Min Hoo sempat mengimbas sekilas lelaki yang berjalan di belakang In Na itu. Persoalan yang maha besar mula berlegar difikirannya ialah, apa yang Ji Hoo lakukan di sini?

          Wajah Ji Hoo bertukar tegang melihat pemandangan di hadapannya. Pelbagai andaian bermain di fikirannya, bagaimana In Na boleh bersama Min Hoo? Adakah ini semua hanya kebetulan semata-mata?



KALAU DAH HABIS BACA, JANGAN LUPA KOMEN TAU!!!

My Dearness Vampire ~ Bab 5~

Bengang betul...... bab 5 tiba2 hilang masa nk taip bab yang baru. kena buat balik... nasiblah dah buat awal-awal soft copy...


          Bunyi gesekan biola yang sangat merdu, benar-benar menarik perhatian In Na. Dia terus berjalan ke hadapan mencari arah bunyian itu. Dari kejauhan, In Na dapat melihat seorang lelaki yang sedang membelakanginya.

          In Na mara ke hadapan menghampiri lelaki tersebut tanpa ada sedikit pun perasaan gentar dihatinya. Perlahan-lahan lelaki misteri itu menoleh ke arahnya. Dia seperti terpukau memandang wajah lelaki di hadapannya kini dan secara tiba-tiba wajah itu berubah menjadi sangat menakutkan.

          "Argh...!!!" jerit In Na kuat seraya bangun dari pembaringannya. Yuri yang sedang tidur di atas sofa terus terjaga kerana terkejut mendengar jeritan sahabatnya itu. Dia menghampiri In Na yang kelihatan terpinga-pinga.

          "Aku ada kat mana ni?" soal In Na sambil memerhatikan sekitar bilik itu.

          "Semalam kau pengsan sebab terkejut kerana nyaris-nyaris kena langgar dengan kereta," jelas Yuri panjang.

          "Kena langgar kereta???" In Na terkejut dengan kenyataan yang dikatakan oleh Yuri.

          "Kenapa? Ada yang tak kena ke?" tanya Yuri yang hairan dengan reaksi In Na.

          In Na hanya menggeleng. 'Lebih baik aku tak payah cerita pasal apa yang aku nampak semalam. Nanti tak pasal-pasal aku dikatakan dah sewel,' bisik hatinya.

                                  * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
          "Kau sedar tak apa yang kau lakukan sekarang ni bahaya?!"soal Kelvin marah dengan tindakkan Ji Hoo.

          "Relaxlah... Tak payahlah gabra-gabra sangat macam ni...." ujar Ji Hoo selamba.

          Mendidih darah Kelvin mendengar kata-kata Ji Hoo yang selamba itu. "Senangnya kau cakap. Macam mana kalau perempuan semalam tu bagitahu semua orang pasal kita? Tak pasal-pasal rahsia yang kita simpan selama ni akan terbongkar."

          "Daripada kau jalan ke hulur ke hilir tak tentu pasal macam ni. Baik kau duduk kat sebelah aku ni, hah." Ji Hoo menepuk-nepuk tempat duduk disebelahnya.

          Kelvin mengambil tempat disebalah sahabatnya itu. "Cuba kau terangkan kat aku, apa yang kau sedang rancangkan sebenarnya ni?" soal Kelvin serius.

          "Aku pun tak faham apa yang sedang berlaku pada aku sekarang ni. Tapi... sejak kali pertama aku terpandang perempuan tu, perasaan aku melonjak-lonjak nak berjumpa dengan dia lagi." keluhnya sebelum tersenyum.

           "Tak.... takkanlah kau dah cinta dengan perempuan tu pulak, kot?"

          "Kalau aku katakan ya, kau nak buat apa?" kata Ji Hoo.

          Kelvin seperti sukar untuk mempercayainya. "Tapi... tapi dia hanya seorang manusia biasa je."

          "Jadi, apa masalahnya? Diakan jugak boleh jadi macam kita," ujar Ji Hoo yang tersenyum sinis.

          "Jangan-jangan kau nak....."

          "Betul tu.... Aku dah buat keputusan yang perempuan tu mestilah menjadi milik aku," kata Ji Hoo bersungguh-sungguh.

          Itulah kali pertama Kelvin melihat Ji Hoo begitu serius dan ianya benar-benar membimbangkan.