Pages

Friday, November 20, 2015

My Dearness Vampire ~Bab 9~

          Kawasan perkampungan tersebut kelihatan sibuk dengan aktiviti kebiasaannya. Meski pun dunia telah pesat membangun, namun kampung terpencil itu masih lagi mengekalkan seni bina lama. Suasana di kampung terpencil tersebut tidak ubah seolah-olah berada di sebuah perkampungan purba.

          Sebuah kereta yang memasuki kampung tersebut telah menarik perhatian warga penduduk. Kereta tersebut kemudiannya berhenti di hadapan gerai yang menjual buah-buahan. Pintu kereta dibuka dari dalam dan seorang lelaki telah keluar. Lelaki itu memakai pakaian seperti seorang butler.

          "Boleh mintak tolong tak pak cik?" tanya Lucas kepada pak cik penjual itu.

         "Tolong apa ya, anak muda?" balasnya ramah sambil tersenyum.

          "Di mana arah ke mansion yang berada berhampiran dekat sini?"

          Wajah pak cik penjual itu terus berubah apabila mendengar pertanyaan itu. Pucat tak berdarah. Bukannya dia tidak tahu mengenai mansion tersebut. Sebuah mansion yang mewah namun telah lama tiada penghuninya. Mansion itu dikatakan berpuaka kerana pelbagai kabar angin mengenai mansion itu tersebut tersebar di kawasan kampung ni. Semuanya cerita yang kurang enak didengari. Ada yang mengatakan bahawa sesiapa yang masuk ke mansion berkenaan tidak akan keluar dalam keadaan selamat.

         "Apa hajat anak muda bertanya mengenai mansion tu? Sebaiknya tak payah lah pergi ke sana. Mansion tu berpuaka!" nasihat pak cik itu.

Lucas sebenarnya dah mula agak dah pertanyaan tersebut akan keluar. Tapi... nak buat macam mana kalau orang yang berada dalam tempat duduk kereta yang dipandunya tetap mahu ke mansion itu. Dia hanya menjalankan perintah je. Kang kalau langgar arahan kena belasah pulak. Lucas tetap menguntum senyuman yang manis meski pun hatinya dah mula panas.

          'Aduh pak cik ni.... Tak boleh ke kalau jawab straight to the point je? Sibuk je hal orang lain,' kutuknya dalam hati.

          "Jawab jelah pertanyaan saya ni. Kami kena cepat ni!" gesanya.

          "Anak terus je jalan lurus ke hadapan. Apabila sampai ke persimpangan masuk ke kanan. Kira-kira dua puluh minit perjalanan anak muda akan sampai," jelas pak cik itu akhirnya.

         "Terima kasih banyak-banyak." Lucas terus beredar untuk masuk ke dalam kereta.

         "Anak muda!!!" panggil pak cik itu. Lelaki itu menoleh.

"Berhati-hatilah. Mansion itu sangat bahaya," ingatnya sekali lagi.

Tanpa membalas apa-apa, dia terus masuk ke dalam kereta.

########################

          "Lembab!!!" Masuk-masuk je dalam kereta dia terus kena marah. Aduh.... Malang betullah nasib.

          "Janganlah marah, cik muda...." rayunya.

          "Sudahlah tu. Dah lewat sangat ni. Rimas betul ada kat sini," rungut majikan Lucas itu.

          Lucas apa lagi terus memecut keretanya menuju ke destinasi tujuannya.

Note: maaf kalau ada banyak kesalahan. Maklumlah Alyn taip kat handphone je. Laptop dah makin tak betul Ni je yang mampu... Terima kasih sebab sudi baca. Jgn lupa komen tau...

Wednesday, October 14, 2015

Bersawang Sudah....

Dah naik bersawang rasanya blog ni. Huhuhu... Sorry sangat. Bukannya Alyn tak nak update apa-apa. Tapi sekarang ni Alyn nak fokus untuk exam penggal 3 dan ulangan STPM bulan depan.

Lappy Alyn pulak buat problem. Dia punya screen lip lap lip lap je kerjanya. Sampai naik juling mata menengoknya. Huhuhu... Pening kepala memikirnya. Sabar jelah.

In Sha Allah. Alyn akan usahakan update lepas habis exam. Doakan Alyn dapat buat elok-elok dalam exam dan ada idea nak update nanti. Amin.