BAB
2
"Maaflah dik. Tapi kat tempat ni
takde kerja kosong."
"Oh... ye ke? Takpelah kalau
macam tu. Terima kasih, ye kak," kata Zara hampa sebelum berlalu pergi.
Zara hanya mampu mengeluh. Sudah
banyak tempat dia mencari kerja kosong. Namun, takde satu pun yang mahu
menerimanya. Dengan tahap pendidikannya setakat SPM menyebabkan peluang kerja
terhad dan tidak banyak pilihan yang boleh dipilih.
Dia mula bimbang. Wang dalam
simpanannya mula habis. Kalau Zara tidak
dapat peluang pekerjaan dalam masa terdekat, tak mustahil untuk dia merempat.
Untuk berputus asa dan pulang ke kampung memang tidak pernah terlintas di
fikirannya. Seboleh-bolehnya Zara tidak mahu lagi menginjak kakinya di kampung
itu lagi.
Terlalu banyak kenangan pahitnya di
kampung dulu. Cacian dan hinaan orang kampung sentiasa tergiang-giang di
telinganya. Sulit untuk dia melupakannya. Zara mahu membuktikan kepada orang
kampung bahawa dia pun boleh berjaya. Itulah sebabnya dia berhijrah ke Kuala
Lumpur.
Zara yang begitu larut dengan
fikirannya, melintas jalan tanpa menghiraukan keselamatannya. Tanpa dia sedari
sebuah kereta meluncur laju ke arahnya.
Piiinnnn....!!!!
----------------------------------------
CD Player yang sedia terpasang sedari
tadi asyik mengalunkan lagu-lagu rancak kesukaan Tengku Naufal. Apabila keluar
lagu One More Night nyanyian Maroon5, lagu yang disukainya, dia turut serta menyanyi.
You
and I go hard at each other like
we're going to war
you and I go rough, we keep
throwing things and
slamming the door.....
Pedal minyak kereta yang dipandu
Tengku Naufal ditekan untuk meningkatkan kelajuan. Dia perlu cepat untuk sampai
tepat pada waktu yang ditetapkan. Hari ni dia ada meeting yang penting dengan
pelabur dari luar negara. Tengku Naufal perlu komited dengan kerjanya. Dia
perlu mendapatkan kepercayaan pelabur itu. Sekiranya usaha sama mereka ini
berjaya, banyak manfaat yang akan syarikatnya dapat.
Kedudukannya sebagai CEO Empress
Corperation menyebabkan Tengku Naufal sering kali sibuk dengan urusan pejabat
yang takkan pernah selesai. Siapa kata jadi orang kaya ni senang? Hakikatnya
banyak perkara yang mereka perlu korbankan. Mereka juga terpaksa menguruskan
banyak perkara sehingga kadang kala langsung takde masa untuk diri sendiri.
Seorang perempuan yang tiba-tiba
melintas jalan tanpa melihat kiri kanan menyebabkan Tengku Naufal
memberhentikan keretanya secara mendadak.
Piiinnnn....!!!!
Tengku Naufal tidak mampu untuk
mengawal keretanya sehingga terbabas melanggar pembahagi jalan. Kepalanya
terhantuk kuat di stering kereta. Tangan kanan berasa sakit dan tidak dapat
digerakkan. Pandangan matanya mula kelam. Tengku Naufal tidak sedarkan diri.
------------------------------
"Aduh... sakitnya." Zara
mengadu sakit. Siku dan tapak tangannya terluka kerana tersungkur nak mengelak
kereta yang nyaris melanggarnya. Suasana cemas mula menyelubungi kawasan
tersebut. Orang ramai mula berkerumun dekat kereta Tengku Naufal.
Zara pantas bangun dan pantas meluru
ke arah kereta Tengku Naufal. Tanpa mempedulikan rasa sakitnya. Bersesak-sesak
dia dengan orang ramai. Zara mengetuk-getuk kuat cermin kereta Tengku Naufal
sambil memanggilnya berulang kali.
"Sesiapa boleh tak tolong call
ambulance?!" teriak Zara meminta bantuan.
"Saya dah call diorang. Mereka
dalam perjalanan ke sini," sahut salah seorang wanita yang berada disitu.
Zara cepat-cepat membuka pintu
kereta. Dilihatnya Tengku Naufal sudah tidak sedarkan diri. Banyak darah
mengalir keluar dari kepalanya. Baju kemeja yang berwarna putih sudah
bermandian darah. Menggigil tangan Zara melihat keadaan lelaki itu.
'Harap-harap takde apa-apa yang buruk
berlaku,' bisik hatinya.
Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh..
ReplyDeleteOh My Gigi! Bestnyer!!! Thumbs up for you, Kak!