Suasana sedih dan pilu menyelubungi
kawasan perkuburan itu. Suara tangisan begitu jelas kedengaran. Seorang wanita
yang agak berumur tetap setia berada di sebelah sebuah kubur. Meskipun orang
ramai sudah lama meninggalkan kawasan perkuburan itu tapi dia tetap tidak
beranjak.
"Mak cik... Jomlah kita balik.
Hari nak hujan dah ni," pujuk Yuri.
Wanita itu hanya mengeleng. "Mak
cik tak nak balik. Mak cik nak temankan In Na kat sini," luahnya. Wanita
itu merupakan Yoon Hara, ibu In Na. Hatinya sebak menahan sedih apabila anak
kesayangannya pergi meninggalkannya buat selama-lamanya.
Yuri sudah buntu. Tak tahu lagi apa
yang perlu dia lakukan untuk memujuk ibu In Na. Yuri juga tidak kurang
sedihnya. Dia langsung tidak menyangka bahawa semalam menjadi kali terakhir dia
berbual dengan In Na sebelum gadis itu meninggal dunia. Terkilan dia. Kalaulah
semalam dia tidak meninggalkan In Na sendirian. Kalaulah.... mungkin tak ada
gunanya lagi.
"Marilah kita balik, mak cik. In
Na mesti sedih tengok makcik berterusan macam ni." Tak putus-putus Yuri
memujuk. Namun, kali ini dia berjaya. Ibu In Na mahu pulang bersamanya. Mereka
sama-sama meninggalkan tanah perkuburan itu.
Setelah mereka berdua berlalu pergi,
Min Ho datang ke kubur In Na. Dia letakkan bunga mawar putih di atas kubur itu
sebelum mengusap perlahan batu nisan yang tertulis nama In Na.
"In Na...." Min Ho menyeru
nama gadis itu. Pilu hatinya mendengar berita kematian gadis kesayangannya.
Baru dua minggu lepas mereka berdua keluar bersama. Bergelak ketawa dan
meluangkan masa bersama-sama. Tapi kini semuanya hanya tinggal kenangan. Gadis
itu telah pergi meninggalkannya. Pergi dan takkan pernah kembali lagi.
Tak akan ada lagi senyuman manis In
Na, ketawanya dan segala tentang gadis itu. Min Hoo berasa sedikit terkilan
kerana masih belum sempat meluahkan perasaannya kepada In Na. Rasa cintanya
yang mendalam terhadap gadis itu. Meski pun In Na hanyalah seorang manusia
biasa tapi dia tak kisah. Asalkan gadis itu sentiasa berada disampingnya, itu
sudah cukup baginya. Apa yang menjadi harapannya kini, semoga roh gadis itu
bersemadi dengan aman.
Min Ho dapat merasakan aura kehadiran
seseorang di kawasan perkuburan itu. Seorang yang tidak asing lagi baginya. Dia
hanya membiarkan sahaja. Min Ho tidak mahu membuat kekacauan di tempat ni.
Tambahan lagi, dia takde mood nak cari gaduh.
Ji Hoo hanya memerhatikan sahaja Min
Ho jauh. Rasa terkejutnya tidak dapat disembunyikan apabila berita tentang
kematian In Na sampai kepadanya. Sukar untuk dipercayainya. Kali terakhir Ji
Hoo berjumpa dengan In Na, gadis itu dalam keadaan baik-baik sahaja.
Ji Hoo sendiri tidak mengerti dengan
perasaannya. Dia bukannya ada apa-apa hubungan pun dengan In Na. Namun... entah
kenapa hatinya sayu apabila mendengar berita yang mengejutkan itu. Jatuh
cintakah dia pada gadis itu? Jika benar dia mencintai gadis itu, rasanya semua
sudah terlambat untuk dia menyedarinya. Tak ada gunanya lagi. Gadis itu takkan
pernah kembali.
P.S. Terima kasih sebab sudi baca. Maaf kalau entry ni pendek dan kurang memuaskan. Harap ada yang sudi komen.
ok best cerita ni menarik....sambung cepat2 ya.
ReplyDeleteAgak lambat sikit... Harap sabar menunggu.
Deletebila nk smbung cte ni. suspen tol rrr
ReplyDeleteBile nk sambung cite ni
ReplyDeleteLambat nye? ??,
Bile nk sambung cite ni
ReplyDeleteLambat nye? ??,
in na tak matikan?? in na budak yang ditingalkan kan??
ReplyDelete