Pages

Sunday, December 14, 2014

Kekasih Idaman Hati 4


   
      
          Air matanya sedari tadi tak henti-henti mengalir keluar. Mulutnya pula membebel mengata Tengku Naufal itu ini. Lelaki itu harap muka je handsome tapi mulut macam puaka. Asyik nak melaser je kerjanya. Tak peduli langsung pasal hati orang lain. Sakit pulak hatinya apabila teringat kata-kata lelaki itu.

          Selamba badak lelaki tu je cakap dia mahu mengambil kesempatan dengan berpura-pura buat baik. Geram sungguh rasa hatinya. Dia apa lagi, disepaknya kaki Tengku Naufal sebelum meredar. Biar padam muka lelaki sombong tu. Siapa suruh mulut puaka sangat. Ingat kau tu bagus sangat. Mentang-mentanglah Tengku Naufal tu ada duit dan berkedudukan, sesuka hati je nak menghina orang lain.

          Tengku Naufal tu ingat dia hadap sangat ke dengan duit lelaki itu. Satu sen pun dia tak naklah. Dia buat baik pun sebab rasa bersalah je. Takde niat lain pun. Yelah... sebab dia tak pasal-pasal Tengku Naufal tu masuk hospital. Tapi tak sangka pulak, niat baiknya akan disalah erti.

          "Alah... Tu semua setakat harta dunia je. Tu pun nak menyombong. Bila-bila masa je nikmat tu semua boleh ditarik balik," kata Zara.

          'Takpe Zara. Sabar jelah. Bukannya kau akan jumpa pun dengan mamat sombong tu pun,' bisik hatinya.

          Zara mengambil keputusan untuk melupakan saja apa yang berlaku apa hari ni. Buat apa dia mahu menyemakkan otaknya dengan memikirkan perkara yang tidak penting itu. Apa yang penting kini, Zara perlu mencari kerja dengan secepat yang mungkin. Sebelum merempat kat tepi jalan. Tak sanggup dia tidur ditepi jalan. Bahaya.

----------------------------------------

          Haris ketawa terbahak-bahak mendengar cerita Tengku Naufal. Senak betul perutnya kerana banyak ketawa. Tak sangka sahabatnya itu terkena tendangan maut daripada seorang gadis. Cakap yang bukan-bukan lagi. Tak pasal-pasal kan dah kena.

          "Malang betul nasib kau hari ni. Macam-macam musibah yang kau dapat. Tulah mulut puaka sangat. Kan dah terkena," kutuknya selamba tanpa mengira perasaan Tengku Naufal. Bukannya dia tak kenal dengan sahabatnya itu. Bercakap ikut sedap dia je. Tak kisah langsung dengan perasaan orang lain. Nasib baik dia dah lali dengan Tengku Naufal tu. Tak kisah dah dengan sikap Tengku Naufal.

          "Kau ni bukannya kesian dengan aku. Kawan tengah sakit ni, siap terbaring kat katil ni. Kau boleh pulak gelak macam orang tak betul. Siap kutuk lagi aku ni. Cuba kalau kau bawak buah tangan untuk aku. Kan senang sikit hati aku ni. Ni tak, datang sini buat menyakitkan hati orang je," marah Tengku Naufal.

          "Relax lah bro... Asal sentap sangat ni. Macam tak biasa pulak dengan aku. Tapi... betul apa yang aku cakap tadi. Tak salah pun kan?"

          "Mmm... Apa-apa jelah. So... macam mana dengan meeting kita tu. Kita dapat tak tender tu?" tanya Tengku Naufal. Gusar hatinya. Takut jika usahanya menjadi sia-sia. Dia dah susah payah membuat kertas kerja untuk dibentangkan dalam meeting tersebut.

          "Janganlah kau risau apa-apa. Aku dah handle semuanya. Diorang dah setuju nak berurusan dengan syarikat kita," terang Haris. Dia tahu Tengku Naufal memang mementing kesempurnaan dalam segala aspek. Pantang baginya jika kalah dalam sesuatu perkara. Segala keinginannya pasti akan didapatkan. Tak kiralah sesulit mana pun.

          Lega hati Tengku Naufal mendengarya. Dia tahu Haris memang cekap orang. Jadi dia tak perlu risau apa-apa lagi dengan adanya Haris. Haris bukan saja sahabat baik yang memahaminya, malah Haris juga turut serta membantunya dalam menguruskan syarikat.

          "Sekarang ni... kau tak payah fikir apa-apa lagi pasal kerja. Fokus je dengan kesihatan kau. Benda lain biar aku yang settle kan."

          "Thankslah bro..." ucap Tengku Naufal.

          "Takde hallah. Biasanyakan kau yang tolong aku. So... sekarang ni giliran aku pulak. Ah... sebelum aku lupa. Tadi Sally ada datang cari kau kat office tau. Dia buat hal pulak tadi. Kecoh betul dibuatnya. Tak percaya langsung aku kata kau tak masuk. Menyampah pulak aku dengan minah tu," kata Haris.

          "Sally? Sally mana pulak kau ni?"

          "Nyanyuk betullah kau ni. Tulah siapa suruh pasang awek banyak sangat. Kan dah tak ingat yang mana satu."

          "Alah kau ni... Terus terang jelah. Sally yang mana satu?" gesa Tengku Naufal.

          "Alah yang nama dia Saleha tu. Tapi saja je gedik-gedik nak kita panggil Sally. Kau kenal dia masa kau datang kat fesyen show mama kau. Masa dua minggu lepas." terang Haris.

          "Oh... Sally yang tu. Mmm... dia tu rupanya. Aku dah lama tak call dia. Naik boring aku dengan minah tu. Jenis queen control pulak tu. Dibuatnya aku macam dah jadi laki dia je. Telefon aku 24 jam. Tanya aku itu ini. Rimas aku dibuatnya," luah Tengku Naufal.

          "Ye ke? Patutlah minah tu datang nak serang kau kat office. Mesti si Sally tu naik berang sebab kau dah lama tak call dia."

          "Biarlah Sally tu. Malas aku nak layan dia. Tak penting pun. Buang masa je. Dia ingat aku sangat ke dengan dia?"

          "Tahulah kau ada banyak stok lain. Yelah... playboy kelas pertama lah nak dikatakan. Seorang pergi, tiga orang yang lain datang kat kau. Balik-balik aku yang gigit jari. Tak dapat apa-apa. Huhuhu... " Haris berpura-pura sedih.

          "Ramai je yang berkenan dengan kau. Tapi saja jual mahal. Memang lah tak dapat," kata Tengku Naufal.  Baginya Haris memang seorang yang handsome. Malahan dia adalah anak seorang jutawan yang terkemuka di Malaysia. Tapi Haris tidak mahu menunjuk. Dia lebih suka berdikari sendiri dan bergantung dengan kekayaan milik keluargaannya.

          "Alah... Aku gurau je. Aku ni kalau boleh nak cari bini terus. Senang nak jaga aku. Tak mainlah perempuan yang pakai baju terbuka sana sini tu," sindir Haris. Tengku Naufal hanya tersenyum.

          "Aik... perli nampak. Tahu lah kau suka dengan perempuan yang alim. Tak macam aku ni..." kata Tengku Naufal. Dia tahu dari dulu Haris memang tak suka dengan perangainya yang suka bertukar-tukar perempuan. Tapi sengaja dia bukan pekak je.

          "Oklah. Aku nak chow dulu. Ada hal lepas ni. Apa-apa hal nanti jangan lupa call aku." Haris minta diri meredar.

          "Yelah... Hati-hati masa memandu nanti," pesan Tengku Naufal.

          "Kau tu pun. Rehat banyak-banyak dan jangan fikir sangat pasal kerja kat office tu." kata Haris sebelum beredar.

          Tinggallah Tengku Naufal berseorangan di dalam bilik rawatan. Bosan dia. Tak ada benda lain yang boleh dibuat selain berbaring je kat katil. Nak berjalan-jalan, kakinya masih terasa berdenyut-denyut. Ditambah-tambah lagi apabila kakinya ditendang oleh gadis tersebut. Makin sakit dibuatnya.

          Tengku Naufal tahu salah dia jugak sengaja menghina gadis itu. Tapi nak buat macam mana, dia rasa sakit hati sangat. Sebab gadis itu, dia terbaring di hospital sekarang.

4 comments:

  1. Jgn lh marah sngt tengku naufal...ngan zara...nnti mkn diri...hope zara bawak2 ber sabar.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zara memang selalu sabar. Tapi setiap sabar ada hadnya. Hehehe... Terima kasih sbb sudi baca dan komen...

      Delete
  2. Haha... Tengku Naufal yang sengal. Mulut pedas tahap turbo!@#$$!!! Haha... Waiting for next chapter. All the best, Kak Alyn!

    ReplyDelete
  3. Still waiting... 5 month ago...
    Mencontohi Zara yang penyabar. XD Hahaha.
    Rilek kak. Jangan sampai stress. All the best. :)

    ReplyDelete