Pages

Tuesday, June 11, 2013

My Dearness Vampire ~Bab 2~

          "In Na, jadi ke kau nak kerja part time kat restoran tu?" soal Yuri ketika mereka sedang makan di kantin pada waktu rehat.

          "Mestilah. Lagipun aku perlukan duit untuk pengubatan mama. Takkan nakbergantung je dengan duit simpanan yang tak seberapa tu." In Na menyuapkan secebis roti ke dalam mulutnya.

          "Aku bukannya apa, cuma takut nanti pelajaran kau akan terjejas. Kerja kat situ kan sampai larut malam," Yuri menyuarakan kebimbangannya.

          "Janganlah risau pasal tu. Kawan baik kesayangan kau ni kan kuat orangnya, mesti boleh buat punya. Berusaha!!!" In Na menggenggam dan menggangkat tangannya sebagai tanda semangat.

          "Yelah tu... Kalau ada pekerja lelaki yang handsome, kenalkanlah kat aku tau." Yuri hanya tersengih.

          In Na merenungnya tajam. "Apa? Salah ke aku cakap? Aku pun teringin jugak nak ada teman lelaki dan keluar berdating masa hujung minggu," ujar Yuri.

          "Taklah salah. Cuma tak sangka pulak yang kawan aku ni gatal jugak orangnya." Segera Yuri mencubit pinggang In Na.

          "Ah... sakitlah, Yuri!!" In Na mengusap-gusap pinggangnya yang terasa bisa akibat cubitan Yuri.

          "Garang betullah kau ni. Nanti habislah lebam-lebam badan boyfriend kau sebab asyik kena cubit." Yuri mula tarik muncung apabila mendengar usikan In Na.

          In Na yang mula menyedari perubahan pada wajah Yuri segera memujuk gadis itu. "Alahai merajuk pulak kawan aku ni. Aku janji lepas ni aku takkan cakap macam tu lagi dah."

          "Okey lah, aku maafkan kau dengan syarat lepas sekolah nanti kau kena temankan aku pergi shopping," ujar Yuri.

          "Baiklah, Cik Muda Yuri. Eh, jomlah kita masuk kelas." mereka bangun dan beriringan ke kelas.

                                  *************************

         Habis saja sesi persekolahan pada hari itu, mereka berdua terus menuju ke pusat membeli belah yang agak terkemuka di ibu kota dengan menaiki bas. Melangkah sahaja masuk ke pusat membeli belah tersebut, Yuri sudah kelihatan rambang mata melihat barangan yang dijual di situ kerana dia memang terkenal dengan hobinya yang gemar berbelanja. Oleh kerana Yuri berasal dari keluarga yang agak berada, ia tidak membataskan aktiviti kegemarannya itu.

          Yuri terus menarik tangan In Na ke salah sebuah butik pakaian yang berhampiran. "In Na, kau pilih je mana-mana yang kau nak, hari ni aku belanja," kata Yuri yang sibuk mencari pakaian yang sesuaian dengannya.

          "Takpelah, aku temankan kau je." In Na menolak pelawaan Yuri. Lagipun harga pakaian di butik itu sangat mahal dan dia tidak mahu dilebalkan sebagai orang yang suka mengambil kesempatan atas kebaikan orang lain.

          "Alah kau ni! Tak payahlah malu-malu macamtak biasa pulak. Pasal bayaran kau tak payah risaulah semuanya akan ditaja oleh kad kredit yang papa aku bagi ni." Yuri seolah-olah mengerti apa yang berada difikiran sahabat baiknya.

          Setelah penat berjalan, mereka berdua duduk dikerusi yang disediakan. "Kau tunggu kat sini sekejab tau, aku nak pergi beli air kau nak pesan apa-apa ke?" In Na hanya menggeleng sebelum Yuri beredar ke kedai berhampiran.

          In Na duduk bersantai sambil mendengar lagu di mp3 miliknya, secara tiba-tiba dia terasa bulu romanya meremang. Seperti ada seseorang yang memerhatikannya. Dia memandang sekeliling tetapi tiada orang yang mencurigakan.

          "Kenapa dengan kau ni? Pucat semacam je..."terkecut In Na mendengar teguran Yuri.

          "Takde apa-apa lah. Jomlah kita balik, aku rasa rasa tak sedap badan." In Na terus menarik tangan Yuri pulang ke rumah.

          Tanpa disedari oleh In Na sejak beberapa minggu yang lalu, ada seseorang yang mengekori dan memerhatikannya. Seseorang yang sentiasa mengikutnya ke mana sahaja dia pergi.

                                   *************************

          Bunyi muzik yang membingitkan telinga sudah dapat didengari dari kediaman milik Keluarga Seo. Dapat dilihat betapa meriahnya party yang mula dibanjiri tetamu pada lewat malam itu.

          "Wah!! Happening gila party malam ni. Mana Tuan Ji Hoo?" tanya seorang gadis yang berpakaian agak seksi.

          "Thanks, Min Ji. Kau ni macam tak biasa pulak, apa Ji Hoo akan buat bila ada party macam ni," ujar Darien yang tersenyum sinis manakala Min Ji hanya ketawa kecil.

          Di dalam sebuah bilik yang agak mewah, kelihatan Ji Hoo sedang merangkul seorang perempuan cantik sambil menghisap darahnya. Pintu yang terkuak dari luar secara tiba-tiba menyebabkan Ji Hoo tidak meneruskan niatnya. Ji Hoo merenung tajam ke arah seorang lelaki yang berani mengganggunya.

          "Lama kita tak berjumpa kan, Ji Hoo? Nampaknya kau masih tak berubah lagi..." ujar lelaki itu.        

No comments:

Post a Comment