Pages

Friday, September 12, 2014

My Dearness Vampire ~Bab 7~


BAB 7
          Kesakitan yang menyelubunginya dirinya menyebabkan In Na tidak mampu bangkit dari katilnya. Kerongkong terasa panas dan haus. Walaupun In Na minum air dalam jumlah yang banyak tapi tetap tidak mengurangkan rasa haus itu. Malahan ianya bertambah parah.
          
          Sudah hampir dua minggu dia menghidapi penyakit ini. Tak juga sembuh-sembuh. Ada juga dia berjumpa doktor tapi hampa. Masih segar diingatannya perbualan antara Yuri dan Dr Lee yang merupakan doktor peribadi keluarga Yuri.
            
          "Setelah saya periksa Cik Yoon, dia tak menghidapi apa-apa penyakit," kata Dr Lee sambil memandang In Na yang terbaring lemah.
          
          "Itu mustahil... Cuba doktor periksa sekali lagi. Maybe ada apa-apa kesilapan." Yuri memeluk tubuhnya sendiri. Hairan dia dengan keputusan yang dikatakan.
          
          Dr Lee mengeluh. "Tak mungkin ada kesilapan cik muda. Saya dah buat tiga kali pemeriksaan tapi hasilnya tetap sama."
           
          Yuri terdiam. Berfikir. Sesekali matanya singgah melihat keadaan In Na. Terbit rasa kesian pada sahabatnya itu. Buntu dia memikirnya.
          
          "Seumur saya menjadi doktor, tak pernah lagi saya jumpa penyakit yang macam ni. Secara total tubah badannya sihat tapi yang hairannya entah kenapa dia mengalami sesak nafas yang teruk dan lemah badan," sambung Dr Lee.
           
          "Kalau macam tu, tak apalah. Terima kasih doktor."
          
          "Saya berikan ubat penahan sakit. Walaupn saya tak yakin ubat ni dapat membantunya tapi sedikit sebanyak dapat meredakan Cik Yoon." Dr Lee memberikan ubat itu sebelum pergi.
          
          Yuri duduk di samping In Na yang terbaring. Dia mengusap lembut kepalan In Na. "Janganlah risau. Aku akan buat apa saja asal kau sembuh," kata Yuri lembut.
          
          In Na hanya mampu pasrah sahaja. Mungkin ini yang telah ditakdirkan untuknya. Tapi dia berharap penyakitnya ini akan segera sembuh kerana tidak suka menyusahkan sesiapa lagi terutamanya Yuri.

----------------------------------------------
          
          Di dalam sebuah bilik yang gelap yang hanya ditemani oleh cahaya dari nyalaan lilin. Seorang wanita tua sedang sibuk melakukan ritualnya. Mulutnya terkumat-kumat membaca mantera dengan menutup matanya.
         
          "Apa yang kau nak? Bukankah tugas aku dah selesai," soal wanita tua itu apabila menyedari sosok seseorang muncul dihadapannya. Aura yang dikeluarkan dari tubuh itu sudah menunjukkan indentitinya. Meskipun dia memakai jubah yang menutupi kepalanya.
          
          "Marien... tugas kau belum selesai lagi. Budak tak guna tu masih hidup lagi. Selagi dia bernyawa, aku takkan dapat apa yang aku nak." Dia membuka jubah itu dan menampilkan seorang gadis yang cantik. Tapi kecantikan wajahnya hanyalah topeng semata-mata. Sikap langsung tidak setanding dengan kecantikannya.
          
          Marien menatap tajam gadis itu. Seumur hidupnya tidak pernah lagi Marien berjumpa dengan orang  yang begitu kejam selain itu. Dia sanggup buat apa sahaja untuk mendapatkan apa yang diingininya. Meski pun gadis itu harus mendapatkannya dengan cara yang keji.
          
          "Janganlah risau. Keinginan kau akan segera terlaksana. Kesakitan yang dialami oleh budak tu hanyalah titik awal kepada kematiannya. Dalam masa dua hari ni, maut akan segera menjemputnya." Gadis itu tersenyum lebar sebelum sakan ketawa. Senang hatinya mendengar berita daripada Marien. Tak sabar rasanya nak tengok orang yang paling dibencinya mati.

------------------------------
          
          Kesakitan di bahagian dada In Na semakin menjadi-jadi. Batuk yang dialaminya juga semakin teruk. In Na bangun untuk mandi.Badannya terasa melekit dengan peluh. In Na merenung bayangan dirinya dicermin. Wajahnya yang pucat dengan berat badannya yang turun secara mendadak menyebabkan In Na kelihatan seperti mayat hidup.
          
          Selesai mandi dan lengkap berpakaian, In Na kembali baring. Tubuhnya terasa lemah. In Na menutup mulutnya apabila batuk. Takut mengganggu Yuri yang pastinya sudah lena diulit mimpi. Alangkah terkejutnya In Na apabila melihat darah di tangannya.
         
          Seluruh tubuhnya terasa berbisa. In Na cuba meneriak memanggil sahabatnya. Namun, suaranya langsung tak terkeluar. Denyutan jantungnya mula lemah dan perlahan.
         
          'Mungkinkah ajalnya sudah sampai,' bisiknya. Pandangan mata In Na mula gelap. Sebelum dia benar-benar menutup matanya, In Na dapat melihat bayangan seseorang di sudut biliknya. Jantungnya berhenti berdegup.....

6 comments:

  1. menarik n best...,
    tapi cepat2 laaaa sambung... ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sha allah. Akan disambung tp lambat sikit. Tengah exam sekarang.

      Delete
  2. Best ada sambungan lagi x... X sabar tunggu!!!

    ReplyDelete
  3. Waaa.. Jinja daebak! I love it!!!<3

    ReplyDelete