Pages

Friday, June 28, 2013

My Dearness Vampire ~Bab 4~

          Suasana di taman hiburan kelihatan agak sesak dengan pengunjung yang datang bersama keluarga pada hujung minggu itu. Setelah penat bermain permainan yang terdapat di situ, mereka duduk berehat di kerusi yang disediakan sambil menikmati ice cream.

          Min Hoo kelihatan begitu asyik merenung In Na yang sedang memakan ice cream di tangannya sebelum ketawa kecil. Gadis itu memandangnya dengan hairan.

          "Kenapa abang ketawa? Ada yang tak kena ke?" Tanya In Na.

          "Kamu nikan... dari dulu memang tak pernah berubah. Makan ice cream mesti comot macam budak kecik je." Min Hoo mengeluarkan sapu tangannya dn menyapu kesan comot pada wajah In Na.

          Merah padam muka In Na apabila Min Hoo memperlakukannya sebegitu. Entah kenapa jantungnya berdegup kencang. Dub dap... dub dap... Macam nak meletup pun ada apabila Min Hoo begitu hampir dengannya. 'Aku ni ada masalah jantung ke? Tiba-tiba je jadi macam ni," bisik hatinya.

          "Kenapa muka In Na merah sangat ni? Tak sihat ke?" soal Min Hoo prihatin. Lelaki itu melekapkan tangannya di dahi In Na.

          "Err... tak... takde apa-apalah abang. Mung... mungkin penat je kot," tergagap-gagap In Na menjawab. Dia sedaya-upaya mengelak untuk bertentangan mata dengan Min Hoo.

          "Kalau macam tu, jomlah kita. Hari pun dah petang ni..." ajak Min Hoo pulang.

                                   *************************

          Ketukan di muka pintu mengejutkan Ji Hoo yang asyik merenung ke luar tingkap kamarnya. Tiga orang sahabatnya masuk ke dalam apabila mendapat kebenaran Ji Hoo menyuruh mereka masuk.

          "What up bro? Kenapa ni, muram je? Cerialah sikit..."tegur Darien apabila mereka duduk di sofa.

          "Takde apa-apa lah.Cuma rasa bengang je bila teringat benda hari tu." Masih segar diingatannya , peristiwa yang berlaku kira-kira seminggu yang lalu....

          Di dalam sebuah bilik yang agak mewah, kelihatan Ji Hoo sedang merangkul seorang perempuan cantik sambil menghisap darahnya. Pintu yang terkuak dari luar secara tiba-tiba menyebabkan Ji Hoo tidak meneruskan niatnya. Ji Hoo merenung tajam ke arah seorang lelaki yang berani mengganggunya.

          "Lama kita tak berjumpakan Ji Hoo? Nampaknya kau masih belum berubah lagi..." ujar lelaki itu.

          Wajah kacak milik Ji Hoo berubah bengis apabila melihat lelaki tersebut. Dia mengisyaratkan agar perempuan yang bersamanya tadi keluar dari bilik itu.

          "Apa yang kau buat di sini, Min Hoo?!" tegur Ji Hoo kasar.

          "Salah ke kalau aku ada kat sini? Bukankah ini rumah aku jugak? Tapi berani betulkan kau buat party liar macam ni... mentang-mentanglah mama dengan papa takde kat sini." Min Hoo tersenyum sinis.

          Ji Hoo semakin berang melihat senyuman sinis yang terpamer diwajah Min Hoo. Dia mengenggam tangannya erat dan tanpa menunggu masa Ji Hoo terus menerkam ke arah Min Hoo. Dia menghalakan tangannya ke hadapan seperti ingin merobek keluar jantung lelaki itu.

          Min Hoo bertindak pantas dengan berganjak ke belakang menyebabkan serangannya tersasar. Rakan-rakan Ji Hoo yang menyedari kekecohan yang berlaku segera masuk ke dalam bilik bagi meleraikan pergaduhan antara dua lelaki itu.

          Darien dan Jung Woo berperanan memegang tubuh sasa Ji Hoo agar tidak berterusan menyerang Min Hoo. Kelvin pula bertindak sebagai orang tengah.

          "Min Hoo, aku rasa sebaiknya kau pergi dari sini untuk mengelakkan perkara yang lebih buruk berlaku," kata Kelvin dingin.

          "Oklah, kalau macam tu aku gerak dulu. Bye Ji Hoo dan jumpa lagi abannggg...." ucap Min Hoo dengan nada yang menyakitkan hati Ji Hoo sebelum beredar keluar.

          "Buat apalah kau nak pening kepala fikir pasal benda tu lagi. Aku rasa lebih baik kalau pergi ronda-ronda... untung-untung nanti dapat 'makanan' pulak." cadang Jung Woo.

          Ji Hoo yang mendengar cadangan rakannya itu terus tersenyum lebar. "Aku setuju je. Lagipun dah lama jugak aku lepak kat rumah je... Apa pendapat korang bertiga?" tanya Ji Hoo kepada rakannya yang lain.

          "Kitorang tak kisah pun..." putus Kelvin bagi pihak rakannya.

          "Cantiklahh... kalau semua dah pakat-pakat setuju. Tak sabar betul aku nak tunggu malam nanti!!" kata Jung Woo bersemangat. Rakannya hanta ketawa melihat kelakuan sahabatnya itu.

                                   *************************

          Sejak beberapa hari yang lalu, In Na telah mula bekerja sambilan sebagai pelayan restoran berdekatan rumahnya. Dia mula bekerja pada jam 6 petang selepas tamat sesi persekolahan dan waktu kerjanya habis pada lewat malam.

          Jam ditangannya telah menunjukkan pukul 12:15 malam. Sudah masanya dia untuk pulang ke rumah. Kedingan malam yang mencengkam tubuhnya, mendorong In Na untuk singgah sebentar di kedai serbaneka membeli minuman hangat sebelum menyambung perjalanannya.

          Apabila sampai dipersimpangan rumahnya, dia tidak tahu jalan yang mana harus diikutinya. 'Jalan mana yang aku nak guna ni, ye? Dahlah tengah sejuk gila ni," gumam In Na sendirian.

          Akhirnya In Na memutuskan untuk mengikut jalan ke rumahnya yang lebih dekat. Meski pun jalan yang dilaluinya kini agak gelap dan menakutkan, namun dia tidak mempunyai banyak pilihan lain. Nak cepat punya pasal sebab tak sabar nak berkuak lentang atas katil nanti.

          Dalam kesamaran gelap di jalan itu, In Na seperti melihat kelibat seseorang. Matanya membulat dan bulu romanya meremang setelah memastikan objek yang berada di hadapannya. Dia sukar untuk mempercayai dengan apa yang dilihatnya. Akibat terlalu terkejut, cawan yang berada dalam pegangannya terjatuh dan menyebabkan mereka yang berada dihadapannya menyedari kehadirannya....

4 comments:

  1. bestlh... x sabar nk baca sambungan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank sbb suka. tp mungkin lambat kot ada n3 bru.

      Delete
  2. Cinta tiga segi antara adik beradik...tak sabar nak tunggu apa yang akan berlaku.

    ReplyDelete
  3. Oh My Vampire! Bestnyaa! Tak shabarr nak tunggu sambungannya. Kalau sudi, meh la singgah lepak kejap kat blog Myra. Ada beberapa ciptaan cerpen... Hehe...

    ReplyDelete