Pages

Wednesday, June 26, 2013

My Dearness Vampire ~Bab 3~

          Sudah beberapa kali Yuri melihat jam di dinding sebelum memandang ke luar tingkap. ' Mana pulak perginya budak ni! Dah tengah malam pun tak reti-reti nak balik lagi,' omel Yuri perlahan. Setelah penat berdiri, Yuri duduk disofa yang terdapat di ruang tamu.

          Deruman enjin kereta yang kedengaran di luar menyebabkan dia menjengah keluar. Kelihatan In Na sedang melambaikan tangannya ke arah kereta yang meluncur laju selepas In Na keluar dari kereta tersebut.

          "Hah! Baru teringat nak balik rumah ke?" terkejut In Na mendengar teguran Yuri.

          "Err... Yuri. Kau tak tidur lagi ke?" Tanya In Na kembali.

          "Macam mana aku nak tidur kalau dah tengah malam macam ni pun kau tak balik-balik lagi. Kau pergi mana sebenarnya ni? Orang yang dalam kereta tadi tu siapa? Kau tahu tak aku risau kalau sesuatu yang buruk berlaku pada kau?" bagaikan peluru berpandu Yuri melontarkan soalannya.

          "Maaflah sebab buat kau risau. Tadi aku jumpa dengan kawan lama. Tulah lambat balik ni," jelas In Na.

          "Yelah tapi lain kali call lah dulu kalau balik lambat, tak ada lah aku risau. Siapa kawan kau tu?"

          "Erm... esok jelah aku cerita. Aku dah mengantuklah. Aku masuk bilik dulu. Nite..." Yuri menayangkan muka tidak puas hati apabila In Na tidak melayan pertanyaannya.

                                   *************************

          Ketika In Na bangun, jam sudah menunjukkan pukul tujuh setengah pagi.' Awal lagi,' desisnya. In Na terus ke kamar mandi. Selesai membersihkan diri, dia keluar untuk menyediakan sarapan.

          Pagi itu In Na hanya menyebabkan beberapa keping sandwic kerana dia kurang gemar mengambil makanan berat pada awal pagi. Dia menghidangkannya di atas meja dan tidak dilupakan bersama sekotak jus oren.

          Yuri yang kebetulan baru saja keluar dari biliknya terus mengambil tempat di meja. "Kenapa kau tak kejutkan aku tadi? Kalau tak boleh aku tolong sekali."

          "Alah, takpelah lagipun aku setakat sediakan  sandwic je pun." In Na menuangkan jus oren ke dalam gelas miliknya.

          "Jadi ceritalah kat aku pasal semalam. Kau dah janji nak cakap kan?"

          "Cerita... cerita pasal apa pulak ni?" In Na pura-pura tidak faham.

          "Kau jangan nak buat-buat lupa pulak. Semalam kau dah janji nak cerita dekat aku. Jadi ceritalah cepat In Na. Please..." pujuk Yuri sambil menunjukkan mimic muka yang comel.

          "Takde benda yang special pun yang nak aku kongsikan. Orang yang kau nampak semalam tu cuma kawan lama aku je."

          Yuri memandangnya dengan penuh curiga. "Ya ke? Boleh percaya ke ni? Aku tengok mesra semacam je."

          "Mestilah betul. Takkan aku nak tipu kau pulak. Eh!!! Aku dah lambatlah nak keluar. Oklah aku gerak dulu. Bye..." Seperti lipas kudung In Na keluar dari rumah.

          "In Na!!! In Na!!! Ish budak ni...Baru je nak Tanya dah cabut lari. Takpe kali ni kau boleh lari tapi lain kali jangan haraplah."

                                   *************************

          'Mana dia ni? Dari tadi tadi tak datang-datang lagi.' gumam In Na perlahan. Matanya melilau memandang sekeliling mencari kelibat orang ditunggunya. Tiba-tiba matanya ditutup seseorang dari belakang.

          "Cuba teka siapa ni?" suara garau seorang lelaki menyapa lembut di telinga.

          "Ni mesti abang Min Hoo kan." kata In Na seraya mengalihkan tangan Min Hoo yang menghalang pandangannya.

          "Kenapa abang lambat? Lama tau In Na tunggu kat sini." marah In Na.

          "Sorry sangat sebab lambat. Ada masalah sikit kat rumah tadi. Jadi sebagai tanda mintak maaf, abang akan tunaikan apa je permintaan In Na hari ni," pujuk Min Hoo.

          In Na mula tersenyum lebar. "Betul ke ni? Apa aje?" soal In Na.

          "Ya... apa je yang kamu nak." Min Hoo tersenyum manis.

          "Kalau macam tu... apa kata kita pergi taman hiburan boleh tak? Dah lama In Na tak pergi sana," pintanya.

          "Mestilah boleh. Anything for you. Jomlah kita bertolak ke sana." Min Hoo menggengam tangan In Na dan menarik gadis itu pergi.


                     ~SILALAH MEMBERIKAN KOMEN YANG MEMBINA KEPADA SAYA~

2 comments:

  1. Menarik...baru je baca tapi dah rasa aura2 best..best gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Dalam proses nak sambung nie...

      Delete