Pages

Sunday, December 14, 2014

Kekasih Idaman Hati 4


   
      
          Air matanya sedari tadi tak henti-henti mengalir keluar. Mulutnya pula membebel mengata Tengku Naufal itu ini. Lelaki itu harap muka je handsome tapi mulut macam puaka. Asyik nak melaser je kerjanya. Tak peduli langsung pasal hati orang lain. Sakit pulak hatinya apabila teringat kata-kata lelaki itu.

          Selamba badak lelaki tu je cakap dia mahu mengambil kesempatan dengan berpura-pura buat baik. Geram sungguh rasa hatinya. Dia apa lagi, disepaknya kaki Tengku Naufal sebelum meredar. Biar padam muka lelaki sombong tu. Siapa suruh mulut puaka sangat. Ingat kau tu bagus sangat. Mentang-mentanglah Tengku Naufal tu ada duit dan berkedudukan, sesuka hati je nak menghina orang lain.

          Tengku Naufal tu ingat dia hadap sangat ke dengan duit lelaki itu. Satu sen pun dia tak naklah. Dia buat baik pun sebab rasa bersalah je. Takde niat lain pun. Yelah... sebab dia tak pasal-pasal Tengku Naufal tu masuk hospital. Tapi tak sangka pulak, niat baiknya akan disalah erti.

          "Alah... Tu semua setakat harta dunia je. Tu pun nak menyombong. Bila-bila masa je nikmat tu semua boleh ditarik balik," kata Zara.

          'Takpe Zara. Sabar jelah. Bukannya kau akan jumpa pun dengan mamat sombong tu pun,' bisik hatinya.

          Zara mengambil keputusan untuk melupakan saja apa yang berlaku apa hari ni. Buat apa dia mahu menyemakkan otaknya dengan memikirkan perkara yang tidak penting itu. Apa yang penting kini, Zara perlu mencari kerja dengan secepat yang mungkin. Sebelum merempat kat tepi jalan. Tak sanggup dia tidur ditepi jalan. Bahaya.

----------------------------------------

          Haris ketawa terbahak-bahak mendengar cerita Tengku Naufal. Senak betul perutnya kerana banyak ketawa. Tak sangka sahabatnya itu terkena tendangan maut daripada seorang gadis. Cakap yang bukan-bukan lagi. Tak pasal-pasal kan dah kena.

          "Malang betul nasib kau hari ni. Macam-macam musibah yang kau dapat. Tulah mulut puaka sangat. Kan dah terkena," kutuknya selamba tanpa mengira perasaan Tengku Naufal. Bukannya dia tak kenal dengan sahabatnya itu. Bercakap ikut sedap dia je. Tak kisah langsung dengan perasaan orang lain. Nasib baik dia dah lali dengan Tengku Naufal tu. Tak kisah dah dengan sikap Tengku Naufal.

          "Kau ni bukannya kesian dengan aku. Kawan tengah sakit ni, siap terbaring kat katil ni. Kau boleh pulak gelak macam orang tak betul. Siap kutuk lagi aku ni. Cuba kalau kau bawak buah tangan untuk aku. Kan senang sikit hati aku ni. Ni tak, datang sini buat menyakitkan hati orang je," marah Tengku Naufal.

          "Relax lah bro... Asal sentap sangat ni. Macam tak biasa pulak dengan aku. Tapi... betul apa yang aku cakap tadi. Tak salah pun kan?"

          "Mmm... Apa-apa jelah. So... macam mana dengan meeting kita tu. Kita dapat tak tender tu?" tanya Tengku Naufal. Gusar hatinya. Takut jika usahanya menjadi sia-sia. Dia dah susah payah membuat kertas kerja untuk dibentangkan dalam meeting tersebut.

          "Janganlah kau risau apa-apa. Aku dah handle semuanya. Diorang dah setuju nak berurusan dengan syarikat kita," terang Haris. Dia tahu Tengku Naufal memang mementing kesempurnaan dalam segala aspek. Pantang baginya jika kalah dalam sesuatu perkara. Segala keinginannya pasti akan didapatkan. Tak kiralah sesulit mana pun.

          Lega hati Tengku Naufal mendengarya. Dia tahu Haris memang cekap orang. Jadi dia tak perlu risau apa-apa lagi dengan adanya Haris. Haris bukan saja sahabat baik yang memahaminya, malah Haris juga turut serta membantunya dalam menguruskan syarikat.

          "Sekarang ni... kau tak payah fikir apa-apa lagi pasal kerja. Fokus je dengan kesihatan kau. Benda lain biar aku yang settle kan."

          "Thankslah bro..." ucap Tengku Naufal.

          "Takde hallah. Biasanyakan kau yang tolong aku. So... sekarang ni giliran aku pulak. Ah... sebelum aku lupa. Tadi Sally ada datang cari kau kat office tau. Dia buat hal pulak tadi. Kecoh betul dibuatnya. Tak percaya langsung aku kata kau tak masuk. Menyampah pulak aku dengan minah tu," kata Haris.

          "Sally? Sally mana pulak kau ni?"

          "Nyanyuk betullah kau ni. Tulah siapa suruh pasang awek banyak sangat. Kan dah tak ingat yang mana satu."

          "Alah kau ni... Terus terang jelah. Sally yang mana satu?" gesa Tengku Naufal.

          "Alah yang nama dia Saleha tu. Tapi saja je gedik-gedik nak kita panggil Sally. Kau kenal dia masa kau datang kat fesyen show mama kau. Masa dua minggu lepas." terang Haris.

          "Oh... Sally yang tu. Mmm... dia tu rupanya. Aku dah lama tak call dia. Naik boring aku dengan minah tu. Jenis queen control pulak tu. Dibuatnya aku macam dah jadi laki dia je. Telefon aku 24 jam. Tanya aku itu ini. Rimas aku dibuatnya," luah Tengku Naufal.

          "Ye ke? Patutlah minah tu datang nak serang kau kat office. Mesti si Sally tu naik berang sebab kau dah lama tak call dia."

          "Biarlah Sally tu. Malas aku nak layan dia. Tak penting pun. Buang masa je. Dia ingat aku sangat ke dengan dia?"

          "Tahulah kau ada banyak stok lain. Yelah... playboy kelas pertama lah nak dikatakan. Seorang pergi, tiga orang yang lain datang kat kau. Balik-balik aku yang gigit jari. Tak dapat apa-apa. Huhuhu... " Haris berpura-pura sedih.

          "Ramai je yang berkenan dengan kau. Tapi saja jual mahal. Memang lah tak dapat," kata Tengku Naufal.  Baginya Haris memang seorang yang handsome. Malahan dia adalah anak seorang jutawan yang terkemuka di Malaysia. Tapi Haris tidak mahu menunjuk. Dia lebih suka berdikari sendiri dan bergantung dengan kekayaan milik keluargaannya.

          "Alah... Aku gurau je. Aku ni kalau boleh nak cari bini terus. Senang nak jaga aku. Tak mainlah perempuan yang pakai baju terbuka sana sini tu," sindir Haris. Tengku Naufal hanya tersenyum.

          "Aik... perli nampak. Tahu lah kau suka dengan perempuan yang alim. Tak macam aku ni..." kata Tengku Naufal. Dia tahu dari dulu Haris memang tak suka dengan perangainya yang suka bertukar-tukar perempuan. Tapi sengaja dia bukan pekak je.

          "Oklah. Aku nak chow dulu. Ada hal lepas ni. Apa-apa hal nanti jangan lupa call aku." Haris minta diri meredar.

          "Yelah... Hati-hati masa memandu nanti," pesan Tengku Naufal.

          "Kau tu pun. Rehat banyak-banyak dan jangan fikir sangat pasal kerja kat office tu." kata Haris sebelum beredar.

          Tinggallah Tengku Naufal berseorangan di dalam bilik rawatan. Bosan dia. Tak ada benda lain yang boleh dibuat selain berbaring je kat katil. Nak berjalan-jalan, kakinya masih terasa berdenyut-denyut. Ditambah-tambah lagi apabila kakinya ditendang oleh gadis tersebut. Makin sakit dibuatnya.

          Tengku Naufal tahu salah dia jugak sengaja menghina gadis itu. Tapi nak buat macam mana, dia rasa sakit hati sangat. Sebab gadis itu, dia terbaring di hospital sekarang.

Thursday, November 27, 2014

My Dearness Vampire ~Bab 8~


          Suasana sedih dan pilu menyelubungi kawasan perkuburan itu. Suara tangisan begitu jelas kedengaran. Seorang wanita yang agak berumur tetap setia berada di sebelah sebuah kubur. Meskipun orang ramai sudah lama meninggalkan kawasan perkuburan itu tapi dia tetap tidak beranjak.

          "Mak cik... Jomlah kita balik. Hari nak hujan dah ni," pujuk Yuri.

          Wanita itu hanya mengeleng. "Mak cik tak nak balik. Mak cik nak temankan In Na kat sini," luahnya. Wanita itu merupakan Yoon Hara, ibu In Na. Hatinya sebak menahan sedih apabila anak kesayangannya pergi meninggalkannya buat selama-lamanya.

          Yuri sudah buntu. Tak tahu lagi apa yang perlu dia lakukan untuk memujuk ibu In Na. Yuri juga tidak kurang sedihnya. Dia langsung tidak menyangka bahawa semalam menjadi kali terakhir dia berbual dengan In Na sebelum gadis itu meninggal dunia. Terkilan dia. Kalaulah semalam dia tidak meninggalkan In Na sendirian. Kalaulah.... mungkin tak ada gunanya lagi.

          "Marilah kita balik, mak cik. In Na mesti sedih tengok makcik berterusan macam ni." Tak putus-putus Yuri memujuk. Namun, kali ini dia berjaya. Ibu In Na mahu pulang bersamanya. Mereka sama-sama meninggalkan tanah perkuburan itu.

          Setelah mereka berdua berlalu pergi, Min Ho datang ke kubur In Na. Dia letakkan bunga mawar putih di atas kubur itu sebelum mengusap perlahan batu nisan yang tertulis nama In Na.

          "In Na...." Min Ho menyeru nama gadis itu. Pilu hatinya mendengar berita kematian gadis kesayangannya. Baru dua minggu lepas mereka berdua keluar bersama. Bergelak ketawa dan meluangkan masa bersama-sama. Tapi kini semuanya hanya tinggal kenangan. Gadis itu telah pergi meninggalkannya. Pergi dan takkan pernah kembali lagi.

          Tak akan ada lagi senyuman manis In Na, ketawanya dan segala tentang gadis itu. Min Hoo berasa sedikit terkilan kerana masih belum sempat meluahkan perasaannya kepada In Na. Rasa cintanya yang mendalam terhadap gadis itu. Meski pun In Na hanyalah seorang manusia biasa tapi dia tak kisah. Asalkan gadis itu sentiasa berada disampingnya, itu sudah cukup baginya. Apa yang menjadi harapannya kini, semoga roh gadis itu bersemadi dengan aman.

          Min Ho dapat merasakan aura kehadiran seseorang di kawasan perkuburan itu. Seorang yang tidak asing lagi baginya. Dia hanya membiarkan sahaja. Min Ho tidak mahu membuat kekacauan di tempat ni. Tambahan lagi, dia takde mood nak cari gaduh.

 ----------------------------------------------------------------------------

          Ji Hoo hanya memerhatikan sahaja Min Ho jauh. Rasa terkejutnya tidak dapat disembunyikan apabila berita tentang kematian In Na sampai kepadanya. Sukar untuk dipercayainya. Kali terakhir Ji Hoo berjumpa dengan In Na, gadis itu dalam keadaan baik-baik sahaja.

          Ji Hoo sendiri tidak mengerti dengan perasaannya. Dia bukannya ada apa-apa hubungan pun dengan In Na. Namun... entah kenapa hatinya sayu apabila mendengar berita yang mengejutkan itu. Jatuh cintakah dia pada gadis itu? Jika benar dia mencintai gadis itu, rasanya semua sudah terlambat untuk dia menyedarinya. Tak ada gunanya lagi. Gadis itu takkan pernah kembali.
 
P.S.  Terima kasih sebab sudi baca. Maaf kalau entry ni pendek dan kurang memuaskan. Harap ada yang sudi komen.

Sorry.....

Sorry sangat dah lama tak post apa-apa dalam blog ni. Alyn baru je habis exam STPM penggal 1 minggu lepas. Nak focus untuk exm tu. Teima kasih kepada pengunjung blog ni... Baca cerita yang ada dalam blog ni. Walaupun mengarut je....

TERIMA KASIH...

Tuesday, September 16, 2014

Kekasih Idaman Hati 3

                                            

BAB 3

          Masih terlayar diruang matanya, detik-detik cemas yang di hadapinya. Menggigil seluruh badannya. Lelaki itu sedang ditangani oleh doktor dalam bilik kecemasan. Zara sejak tadi menunggu di luar, tak senang duduk. Lama sangat. Sekejab duduk sekejab berdiri.

          "Kenapa lama sangat pulak ni? Lama gila. Dah tiga jam, tak keluar-keluar lagi," gumam Zara sendiri. Selang sepuluh minit kemudian, seorang doktor keluar. Zara menghampirinya.

          "Macam mana dengan dia, doktor? Ok ke? Teruk ke? Ada patah-patah kat mana?" bertubi-tubi dia bertanya.

          "Janganlah puan risau. Keadaan suami encik dah stabil. Dia Cuma mengalami cedera ringan di bahagian kepala dan tangan kanannya. Kami akan memindahkan suami puan ke wad biasa," terang doktor.

          'Suami? Bila masa pulak mamat tu jadi suami aku? Jumpa pun tak pernah?' bisik hatinya. Tapi dia iyakan je.

          "Alhamdulillah. Nasib baik takde apa-apa. Terima kasih doktor," ucap Zara.

----------------------------------------

          Zara merenung wajah Tengku Naufal yang sedang terbaring. Lelaki itu itu masih belum sedar kerana pengaruh ubat. Dia baru mengetahui nama lelaki itu semasa hendak mendaftar nama Tengku Naufal. Tak sangka betul, lelaki itu berpangkat tengku.

          'Matilah aku kalau mamat ni saman aku. Tak pun dia nanti masukkan aku dalam penjara. Huhuhu... aku tak nak masuk penjara.' Pelbagai kemungkinan bermain di fikiran Zara.

          "Tapi... mamat ni, kacak juga. Kalau Syikin ada kat sini mesti dia suka." Zara teringat kawannya di kampung dulu. Kawannya itu memang pantang melihat lelaki yang ada rupa sikit. Mula puji melambung.

          Perut Zara terasa lapar pulak. Dari tadi perutnya sudah berkeroncong tapi disebabkan rasa cemas, dia terlupa. Jam dinding dilihat sekilas. 'Patutlah lapar gila. Dah pukul empat rupanya. Baik aku pergi cari makanan dulu.'

          Zara keluar dari bilik rawatan Tengku Naufal untuk membeli makanan. Dia pergi ke kantin hospital. Terbeliak matanya melihat harga makanan di situ. "Mahalnya makanan kat sini. Mee goreng sepinggan pun harga enam ringgit," katanya perlahan.

          Last-last Zara hanya membeli roti dan air mineral. Nak jimat duitlah katakan. Duit dalam dompetnya pun tinggal tiga puluh satu ringgit je. Jadi, tak boleh boros dan memilih sangat.

----------------------------------------

          Bau ubat yang agak kuat terasa jelas di rongga hidungnya. Pandangan matanya kabur dengan kepalanya yang terasa berdenyut-denyut. Lama-kelamaan Tengku Naufal dapat melihat sekelilingnya dengan lebih jelas. Dia kini sedang terbaring di atas katil di sebuah bilik yang berwarna putih.

          "Hospital? Apa yang jadi kat aku ni?" gumam Tengku Naufal perlahan.

          Tengku Naufal cuba mengingati apa yang telah berlaku kepadanya. Perkara terakhir yang dia ingat adalah dia berasa kesakitan yang teramat sangat di bahagian kepalanya. Dapat dirasakan pada waktu itu, cairan hangat mengalir keluar dari kepalanya akibat terhantuk pada stering kereta.

          'Shit! Tak guna punya perempuan! Tak pasal-pasal aku masuk hospital,' hatinya mula menyumpah-nyumpah apabila teringat yang dia kemalangan kerana cuba mengelak daripada melanggar seorang perempuan. Itu belum lagi kerana kegagalan Tengku Naufal menemui pelabur yang akan berurusan dengan syarikatnya.

          "Melayanglah projek berjuta-juta tu..... Penatnya je aku bersusah-payah."

          Tiba-tiba pintu bilik rawatannya dibuka dari luar. Seorang gadis yang memakai baju kurung yang agak lusuh masuk. Tengku Naufal menatap tajam gadis itu.

          'Siapa pulak perempuan ni? Serabai betul baju yang dia pakai? Setakat baju macam tu, layak jadi kain lap je kat rumah aku,' kutuk Tengku Naufal. Tak berselera betul dia melihat penampilan Zara itu. Selekeh betul!

          'Apa hal mamat ni? Pandang-panjang aku macam tu lak. Aku cucuk mata tu karang,' bisik hatinya. Gerun Zara melihat pandangan mata Tengku Naufal yang seolah-olah ingin menelannya hidup-hidup.

          "Kau ni siapa?!" soal Tengku Naufal kasar.

          "Mmm... ahhh..."

          "Boleh tak kau cakap cepat sikit?! Terhegeh-hegeh... Kau ni siapa sebenarnya?!" jerkah lelaki itu.

          Pucat habis wajah Zara tika ini. Terasa lemah lututnya. Seumur hidupnya tidak pernah lagi dia dijerkah sebegitu. Arwah ibunya pun tak pernah menengkingnya. Tengku Naufal ni lebih-lebih pulak. Sombong gila!

          "Sebenarnya... sebenarnya sayalah yang menyebabkan encik ada kat sini sekarang," ujar Zara perlahan dan takut-takut. Dia menunduk habis kepalanya. Tak sanggup dia melihat wajah Tengku Naufal yang menyingah melihatnya.

          "Apa??!!! Kau rupanya! Berani betul kau tunjuk muka kau lagi kat depan aku."

          "Saya minta maaf... Saya betul-betul tak sengaja," ucap Zara. Air matanya mulai mengalir keluar. Dia betul-betul rasa bersalah. Zara tahu itu semua memang salahnya. Cuai sangat. Dari dulu lagi sikapnya ini memang tak pernah berubah.

          Zara harap hati Tengku Naufal luluh. Berlembut dengannya dan tidak akan mengambil tindakan undang-undang ke atasnya. Tak nak dia melingkup dalam penjara.      

Friday, September 12, 2014

Kekasih Idaman Hati 2

                                                         
BAB 2

          "Maaflah dik. Tapi kat tempat ni takde kerja kosong."

          "Oh... ye ke? Takpelah kalau macam tu. Terima kasih, ye kak," kata Zara hampa sebelum berlalu pergi.

          Zara hanya mampu mengeluh. Sudah banyak tempat dia mencari kerja kosong. Namun, takde satu pun yang mahu menerimanya. Dengan tahap pendidikannya setakat SPM menyebabkan peluang kerja terhad dan tidak banyak pilihan yang boleh dipilih.

          Dia mula bimbang. Wang dalam simpanannya mula habis.  Kalau Zara tidak dapat peluang pekerjaan dalam masa terdekat, tak mustahil untuk dia merempat. Untuk berputus asa dan pulang ke kampung memang tidak pernah terlintas di fikirannya. Seboleh-bolehnya Zara tidak mahu lagi menginjak kakinya di kampung itu lagi.

          Terlalu banyak kenangan pahitnya di kampung dulu. Cacian dan hinaan orang kampung sentiasa tergiang-giang di telinganya. Sulit untuk dia melupakannya. Zara mahu membuktikan kepada orang kampung bahawa dia pun boleh berjaya. Itulah sebabnya dia berhijrah ke Kuala Lumpur.

          Zara yang begitu larut dengan fikirannya, melintas jalan tanpa menghiraukan keselamatannya. Tanpa dia sedari sebuah kereta meluncur laju ke arahnya.

          Piiinnnn....!!!!

----------------------------------------

          CD Player yang sedia terpasang sedari tadi asyik mengalunkan lagu-lagu rancak kesukaan Tengku Naufal. Apabila keluar lagu One More Night nyanyian Maroon5, lagu yang disukainya, dia turut serta menyanyi.

                    You and I go hard at each other like

                    we're going to war

                    you and I go rough, we keep

                    throwing things and slamming the door.....

           Pedal minyak kereta yang dipandu Tengku Naufal ditekan untuk meningkatkan kelajuan. Dia perlu cepat untuk sampai tepat pada waktu yang ditetapkan. Hari ni dia ada meeting yang penting dengan pelabur dari luar negara. Tengku Naufal perlu komited dengan kerjanya. Dia perlu mendapatkan kepercayaan pelabur itu. Sekiranya usaha sama mereka ini berjaya, banyak manfaat yang akan syarikatnya dapat.

           Kedudukannya sebagai CEO Empress Corperation menyebabkan Tengku Naufal sering kali sibuk dengan urusan pejabat yang takkan pernah selesai. Siapa kata jadi orang kaya ni senang? Hakikatnya banyak perkara yang mereka perlu korbankan. Mereka juga terpaksa menguruskan banyak perkara sehingga kadang kala langsung takde masa untuk diri sendiri.

          Seorang perempuan yang tiba-tiba melintas jalan tanpa melihat kiri kanan menyebabkan Tengku Naufal memberhentikan keretanya secara mendadak.

          Piiinnnn....!!!!

          Tengku Naufal tidak mampu untuk mengawal keretanya sehingga terbabas melanggar pembahagi jalan. Kepalanya terhantuk kuat di stering kereta. Tangan kanan berasa sakit dan tidak dapat digerakkan. Pandangan matanya mula kelam. Tengku Naufal tidak sedarkan diri.  

------------------------------

          "Aduh... sakitnya." Zara mengadu sakit. Siku dan tapak tangannya terluka kerana tersungkur nak mengelak kereta yang nyaris melanggarnya. Suasana cemas mula menyelubungi kawasan tersebut. Orang ramai mula berkerumun dekat kereta Tengku Naufal.

          Zara pantas bangun dan pantas meluru ke arah kereta Tengku Naufal. Tanpa mempedulikan rasa sakitnya. Bersesak-sesak dia dengan orang ramai. Zara mengetuk-getuk kuat cermin kereta Tengku Naufal sambil memanggilnya berulang kali.

          "Sesiapa boleh tak tolong call ambulance?!" teriak Zara meminta bantuan.

          "Saya dah call diorang. Mereka dalam perjalanan ke sini," sahut salah seorang wanita yang berada disitu.

          Zara cepat-cepat membuka pintu kereta. Dilihatnya Tengku Naufal sudah tidak sedarkan diri. Banyak darah mengalir keluar dari kepalanya. Baju kemeja yang berwarna putih sudah bermandian darah. Menggigil tangan Zara melihat keadaan lelaki itu.

          'Harap-harap takde apa-apa yang buruk berlaku,' bisik hatinya.

My Dearness Vampire ~Bab 7~


BAB 7
          Kesakitan yang menyelubunginya dirinya menyebabkan In Na tidak mampu bangkit dari katilnya. Kerongkong terasa panas dan haus. Walaupun In Na minum air dalam jumlah yang banyak tapi tetap tidak mengurangkan rasa haus itu. Malahan ianya bertambah parah.
          
          Sudah hampir dua minggu dia menghidapi penyakit ini. Tak juga sembuh-sembuh. Ada juga dia berjumpa doktor tapi hampa. Masih segar diingatannya perbualan antara Yuri dan Dr Lee yang merupakan doktor peribadi keluarga Yuri.
            
          "Setelah saya periksa Cik Yoon, dia tak menghidapi apa-apa penyakit," kata Dr Lee sambil memandang In Na yang terbaring lemah.
          
          "Itu mustahil... Cuba doktor periksa sekali lagi. Maybe ada apa-apa kesilapan." Yuri memeluk tubuhnya sendiri. Hairan dia dengan keputusan yang dikatakan.
          
          Dr Lee mengeluh. "Tak mungkin ada kesilapan cik muda. Saya dah buat tiga kali pemeriksaan tapi hasilnya tetap sama."
           
          Yuri terdiam. Berfikir. Sesekali matanya singgah melihat keadaan In Na. Terbit rasa kesian pada sahabatnya itu. Buntu dia memikirnya.
          
          "Seumur saya menjadi doktor, tak pernah lagi saya jumpa penyakit yang macam ni. Secara total tubah badannya sihat tapi yang hairannya entah kenapa dia mengalami sesak nafas yang teruk dan lemah badan," sambung Dr Lee.
           
          "Kalau macam tu, tak apalah. Terima kasih doktor."
          
          "Saya berikan ubat penahan sakit. Walaupn saya tak yakin ubat ni dapat membantunya tapi sedikit sebanyak dapat meredakan Cik Yoon." Dr Lee memberikan ubat itu sebelum pergi.
          
          Yuri duduk di samping In Na yang terbaring. Dia mengusap lembut kepalan In Na. "Janganlah risau. Aku akan buat apa saja asal kau sembuh," kata Yuri lembut.
          
          In Na hanya mampu pasrah sahaja. Mungkin ini yang telah ditakdirkan untuknya. Tapi dia berharap penyakitnya ini akan segera sembuh kerana tidak suka menyusahkan sesiapa lagi terutamanya Yuri.

----------------------------------------------
          
          Di dalam sebuah bilik yang gelap yang hanya ditemani oleh cahaya dari nyalaan lilin. Seorang wanita tua sedang sibuk melakukan ritualnya. Mulutnya terkumat-kumat membaca mantera dengan menutup matanya.
         
          "Apa yang kau nak? Bukankah tugas aku dah selesai," soal wanita tua itu apabila menyedari sosok seseorang muncul dihadapannya. Aura yang dikeluarkan dari tubuh itu sudah menunjukkan indentitinya. Meskipun dia memakai jubah yang menutupi kepalanya.
          
          "Marien... tugas kau belum selesai lagi. Budak tak guna tu masih hidup lagi. Selagi dia bernyawa, aku takkan dapat apa yang aku nak." Dia membuka jubah itu dan menampilkan seorang gadis yang cantik. Tapi kecantikan wajahnya hanyalah topeng semata-mata. Sikap langsung tidak setanding dengan kecantikannya.
          
          Marien menatap tajam gadis itu. Seumur hidupnya tidak pernah lagi Marien berjumpa dengan orang  yang begitu kejam selain itu. Dia sanggup buat apa sahaja untuk mendapatkan apa yang diingininya. Meski pun gadis itu harus mendapatkannya dengan cara yang keji.
          
          "Janganlah risau. Keinginan kau akan segera terlaksana. Kesakitan yang dialami oleh budak tu hanyalah titik awal kepada kematiannya. Dalam masa dua hari ni, maut akan segera menjemputnya." Gadis itu tersenyum lebar sebelum sakan ketawa. Senang hatinya mendengar berita daripada Marien. Tak sabar rasanya nak tengok orang yang paling dibencinya mati.

------------------------------
          
          Kesakitan di bahagian dada In Na semakin menjadi-jadi. Batuk yang dialaminya juga semakin teruk. In Na bangun untuk mandi.Badannya terasa melekit dengan peluh. In Na merenung bayangan dirinya dicermin. Wajahnya yang pucat dengan berat badannya yang turun secara mendadak menyebabkan In Na kelihatan seperti mayat hidup.
          
          Selesai mandi dan lengkap berpakaian, In Na kembali baring. Tubuhnya terasa lemah. In Na menutup mulutnya apabila batuk. Takut mengganggu Yuri yang pastinya sudah lena diulit mimpi. Alangkah terkejutnya In Na apabila melihat darah di tangannya.
         
          Seluruh tubuhnya terasa berbisa. In Na cuba meneriak memanggil sahabatnya. Namun, suaranya langsung tak terkeluar. Denyutan jantungnya mula lemah dan perlahan.
         
          'Mungkinkah ajalnya sudah sampai,' bisiknya. Pandangan mata In Na mula gelap. Sebelum dia benar-benar menutup matanya, In Na dapat melihat bayangan seseorang di sudut biliknya. Jantungnya berhenti berdegup.....

Saturday, September 6, 2014

Kekasih Idaman Hati 1

                                                                         

BAB 1

          Bunyi dentuman muzik yang kuat tidak langsung mengganggu para pengunjung pusat hiburan terkemuka di Kuala Lumpur itu. Malahan muzik yang membingitkan sebegitu menjadikan mereka semakin rancak dan bersemangat dengan kegiatan mereka.

          Di sudut yang agak tersorok di dalam pusat hiburan itu, kelihatan seorang lelaki yang asyik duduk sambil minum dengan ditemani seorang gadis di sampingnya. Lelaki lain tak bukan adalah Tengku Naufal.  Dia terkenal dalam kalangan semua orang bukan kerana gelaran Tengkunya, malahan sikapnya yang suka bertukar-tukar perempuan. Alah playboy bak kata orang putih. Tapi hal tu sikit pun tak mengurangkan pengaruhnya dalam kalangan perempuan. Malah berduyun-duyun perempuan nak menempek dengannya.

          "Sayang..... Apa kata kita balik apartment I? Lepak kat sana. Boring lah kat sini. Kat sana nanti I akan layan you first class lagi. Mmmm...?" rengek seorang gadis sambil memaut mesra lengan Tengku Naufal.

          Tengku Naufal yang berasa rimas dengan tingkah laku gadis itu bertindak merungkai pelukan gadis itu. Masam je mukanya apabila Tengku Naufal menolakkanya.

          "Mona... please. I tengah takde mood ni."

          "Tapi... selalunya you ok je dengan I. Kenapa tiba-tiba je macam ni? Ke you dah ada perempuan lain? Baik you cakap betul-betul dengan I," tuduh Mona.

          Tengku Naufal mula rasa panas dengan tuduhan itu. 'Aduh... perempuan ni. Semak pulak otak aku. Elok-elok aku nak release tension, dia lagi nak buat aku tambah serabut. Ingat aku nak sangat ke dengan kau?!' bisik hatinya.

          "I rasa better you balik dulu. Nanti call you," putus Tengku Naufal.

          "Tapi..."

          "Mona!"

          Menikus terus Mona apabila lelaki itu menjerkahnya sebegitu. Perasaan takut mula menyelubugi hatinya. Bukan kerana dimarahi Tengku Naufal tapi kerana takut dicampak oleh lelaki itu setelah puas di pergunakan. Dia kini benar-benar jatuh cinta dengan Tengku Naufal sampai dia sanggup menyerahkan dirinya. Tapi dia takkan berputus asa. Dia akan pastilah Tengku Naufal terus terikat dengannya walau apa pun yang terjadi. Itu tekadnya.

          "Mmm... yelah I balik dulu. Tapi nanti jangan lupa call I, tau! Bye, sayang...." Mona akur. Bukan dia tak tahu bahawa Tengku Naufal memang pantang dibantah. Kalau hitam katanya maka hitamlah.

          Mona mencium pipi Tengku Naufal sebelum berlalu pergi. Dia hanya membiarkan saja. Baginya semua itu adalah perkara biasa saja malah lebih dari itu pun dia pernah lakukan.

------------------------------

          Keadaan perhentian bas yang hingar-bingar dengan orang ramai yang lalu-lalang membuatkan Zara tercengang-cengang. Kagum dia melihat kota metropolitan itu. Zara baru je sampai dari kampung .

          'Besarnya Kuala Lumpur ni.... Mesti banyak kerja kosong yang aku boleh dapat. Tapi... malam ni, aku nak tidur kat mana? Takkan kat tepi jalan kot? Huh...' Zara mengeluh. Pening kepalanya memikirkan kat mana dia nak tidur di Kuala Lumpur ni. Dia bukannya ada sesiapa pun kat sini. Kini Zara hanya tinggal sebatang kara.

          Mesti pun takut bersendirian di Kuala Lumpur tanpa ditemani. Namun, dicekalkan hatinya untuk tidak mudah berputus asa. Zara cuba membina hidup yang baru disini. Sekarang bermulanya hidupnya di Kuala Lumpur. Semoga nasib baik sentiasa menyebelahinya.