Pages

Thursday, November 27, 2014

My Dearness Vampire ~Bab 8~


          Suasana sedih dan pilu menyelubungi kawasan perkuburan itu. Suara tangisan begitu jelas kedengaran. Seorang wanita yang agak berumur tetap setia berada di sebelah sebuah kubur. Meskipun orang ramai sudah lama meninggalkan kawasan perkuburan itu tapi dia tetap tidak beranjak.

          "Mak cik... Jomlah kita balik. Hari nak hujan dah ni," pujuk Yuri.

          Wanita itu hanya mengeleng. "Mak cik tak nak balik. Mak cik nak temankan In Na kat sini," luahnya. Wanita itu merupakan Yoon Hara, ibu In Na. Hatinya sebak menahan sedih apabila anak kesayangannya pergi meninggalkannya buat selama-lamanya.

          Yuri sudah buntu. Tak tahu lagi apa yang perlu dia lakukan untuk memujuk ibu In Na. Yuri juga tidak kurang sedihnya. Dia langsung tidak menyangka bahawa semalam menjadi kali terakhir dia berbual dengan In Na sebelum gadis itu meninggal dunia. Terkilan dia. Kalaulah semalam dia tidak meninggalkan In Na sendirian. Kalaulah.... mungkin tak ada gunanya lagi.

          "Marilah kita balik, mak cik. In Na mesti sedih tengok makcik berterusan macam ni." Tak putus-putus Yuri memujuk. Namun, kali ini dia berjaya. Ibu In Na mahu pulang bersamanya. Mereka sama-sama meninggalkan tanah perkuburan itu.

          Setelah mereka berdua berlalu pergi, Min Ho datang ke kubur In Na. Dia letakkan bunga mawar putih di atas kubur itu sebelum mengusap perlahan batu nisan yang tertulis nama In Na.

          "In Na...." Min Ho menyeru nama gadis itu. Pilu hatinya mendengar berita kematian gadis kesayangannya. Baru dua minggu lepas mereka berdua keluar bersama. Bergelak ketawa dan meluangkan masa bersama-sama. Tapi kini semuanya hanya tinggal kenangan. Gadis itu telah pergi meninggalkannya. Pergi dan takkan pernah kembali lagi.

          Tak akan ada lagi senyuman manis In Na, ketawanya dan segala tentang gadis itu. Min Hoo berasa sedikit terkilan kerana masih belum sempat meluahkan perasaannya kepada In Na. Rasa cintanya yang mendalam terhadap gadis itu. Meski pun In Na hanyalah seorang manusia biasa tapi dia tak kisah. Asalkan gadis itu sentiasa berada disampingnya, itu sudah cukup baginya. Apa yang menjadi harapannya kini, semoga roh gadis itu bersemadi dengan aman.

          Min Ho dapat merasakan aura kehadiran seseorang di kawasan perkuburan itu. Seorang yang tidak asing lagi baginya. Dia hanya membiarkan sahaja. Min Ho tidak mahu membuat kekacauan di tempat ni. Tambahan lagi, dia takde mood nak cari gaduh.

 ----------------------------------------------------------------------------

          Ji Hoo hanya memerhatikan sahaja Min Ho jauh. Rasa terkejutnya tidak dapat disembunyikan apabila berita tentang kematian In Na sampai kepadanya. Sukar untuk dipercayainya. Kali terakhir Ji Hoo berjumpa dengan In Na, gadis itu dalam keadaan baik-baik sahaja.

          Ji Hoo sendiri tidak mengerti dengan perasaannya. Dia bukannya ada apa-apa hubungan pun dengan In Na. Namun... entah kenapa hatinya sayu apabila mendengar berita yang mengejutkan itu. Jatuh cintakah dia pada gadis itu? Jika benar dia mencintai gadis itu, rasanya semua sudah terlambat untuk dia menyedarinya. Tak ada gunanya lagi. Gadis itu takkan pernah kembali.
 
P.S.  Terima kasih sebab sudi baca. Maaf kalau entry ni pendek dan kurang memuaskan. Harap ada yang sudi komen.

Sorry.....

Sorry sangat dah lama tak post apa-apa dalam blog ni. Alyn baru je habis exam STPM penggal 1 minggu lepas. Nak focus untuk exm tu. Teima kasih kepada pengunjung blog ni... Baca cerita yang ada dalam blog ni. Walaupun mengarut je....

TERIMA KASIH...