BAB
7
Kesakitan yang menyelubunginya
dirinya menyebabkan In Na tidak mampu bangkit dari katilnya. Kerongkong terasa
panas dan haus. Walaupun In Na minum air dalam jumlah yang banyak tapi tetap
tidak mengurangkan rasa haus itu. Malahan ianya bertambah parah.
Sudah hampir dua minggu dia
menghidapi penyakit ini. Tak juga sembuh-sembuh. Ada juga dia berjumpa doktor
tapi hampa. Masih segar diingatannya perbualan antara Yuri dan Dr Lee yang
merupakan doktor peribadi keluarga Yuri.
"Setelah
saya periksa Cik Yoon, dia tak menghidapi apa-apa penyakit," kata Dr Lee
sambil memandang In Na yang terbaring lemah.
"Itu mustahil... Cuba doktor
periksa sekali lagi. Maybe ada apa-apa kesilapan." Yuri memeluk tubuhnya
sendiri. Hairan dia dengan keputusan yang dikatakan.
Dr Lee mengeluh. "Tak mungkin
ada kesilapan cik muda. Saya dah buat tiga kali pemeriksaan tapi hasilnya tetap
sama."
Yuri terdiam. Berfikir. Sesekali
matanya singgah melihat keadaan In Na. Terbit rasa kesian pada sahabatnya itu.
Buntu dia memikirnya.
"Seumur saya menjadi doktor, tak
pernah lagi saya jumpa penyakit yang macam ni. Secara total tubah badannya
sihat tapi yang hairannya entah kenapa dia mengalami sesak nafas yang teruk dan
lemah badan," sambung Dr Lee.
"Kalau macam tu, tak apalah.
Terima kasih doktor."
"Saya berikan ubat penahan
sakit. Walaupn saya tak yakin ubat ni dapat membantunya tapi sedikit sebanyak
dapat meredakan Cik Yoon." Dr Lee memberikan ubat itu sebelum pergi.
Yuri duduk di samping In Na yang
terbaring. Dia mengusap lembut kepalan In Na. "Janganlah risau. Aku akan
buat apa saja asal kau sembuh," kata Yuri lembut.
In Na hanya mampu pasrah sahaja.
Mungkin ini yang telah ditakdirkan untuknya. Tapi dia berharap penyakitnya ini
akan segera sembuh kerana tidak suka menyusahkan sesiapa lagi terutamanya Yuri.
----------------------------------------------
Di dalam sebuah bilik yang gelap yang
hanya ditemani oleh cahaya dari nyalaan lilin. Seorang wanita tua sedang sibuk
melakukan ritualnya. Mulutnya terkumat-kumat membaca mantera dengan menutup
matanya.
"Apa yang kau nak? Bukankah
tugas aku dah selesai," soal wanita tua itu apabila menyedari sosok
seseorang muncul dihadapannya. Aura yang dikeluarkan dari tubuh itu sudah
menunjukkan indentitinya. Meskipun dia memakai jubah yang menutupi kepalanya.
"Marien... tugas kau belum
selesai lagi. Budak tak guna tu masih hidup lagi. Selagi dia bernyawa, aku
takkan dapat apa yang aku nak." Dia membuka jubah itu dan menampilkan
seorang gadis yang cantik. Tapi kecantikan wajahnya hanyalah topeng
semata-mata. Sikap langsung tidak setanding dengan kecantikannya.
Marien menatap tajam gadis itu.
Seumur hidupnya tidak pernah lagi Marien berjumpa dengan orang yang begitu kejam selain itu. Dia sanggup buat
apa sahaja untuk mendapatkan apa yang diingininya. Meski pun gadis itu harus
mendapatkannya dengan cara yang keji.
"Janganlah risau. Keinginan kau
akan segera terlaksana. Kesakitan yang dialami oleh budak tu hanyalah titik
awal kepada kematiannya. Dalam masa dua hari ni, maut akan segera
menjemputnya." Gadis itu tersenyum lebar sebelum sakan ketawa. Senang
hatinya mendengar berita daripada Marien. Tak sabar rasanya nak tengok orang
yang paling dibencinya mati.
------------------------------
Kesakitan di bahagian dada In Na
semakin menjadi-jadi. Batuk yang dialaminya juga semakin teruk. In Na bangun
untuk mandi.Badannya terasa melekit dengan peluh. In Na merenung bayangan
dirinya dicermin. Wajahnya yang pucat dengan berat badannya yang turun secara
mendadak menyebabkan In Na kelihatan seperti mayat hidup.
Selesai mandi dan lengkap berpakaian,
In Na kembali baring. Tubuhnya terasa lemah. In Na menutup mulutnya apabila
batuk. Takut mengganggu Yuri yang pastinya sudah lena diulit mimpi. Alangkah
terkejutnya In Na apabila melihat darah di tangannya.
Seluruh tubuhnya terasa berbisa. In
Na cuba meneriak memanggil sahabatnya. Namun, suaranya langsung tak terkeluar.
Denyutan jantungnya mula lemah dan perlahan.
'Mungkinkah ajalnya sudah sampai,'
bisiknya. Pandangan mata In Na mula gelap. Sebelum dia benar-benar menutup
matanya, In Na dapat melihat bayangan seseorang di sudut biliknya. Jantungnya
berhenti berdegup.....
Tq zue...
ReplyDeletemenarik n best...,
ReplyDeletetapi cepat2 laaaa sambung... ^^
In sha allah. Akan disambung tp lambat sikit. Tengah exam sekarang.
DeleteBest ada sambungan lagi x... X sabar tunggu!!!
ReplyDeleteDh ada sambungan. Silalah baca...
DeleteWaaa.. Jinja daebak! I love it!!!<3
ReplyDelete