Air matanya sedari tadi tak henti-henti mengalir keluar. Mulutnya pula membebel mengata Tengku Naufal itu ini. Lelaki itu harap muka je handsome tapi mulut macam puaka. Asyik nak melaser je kerjanya. Tak peduli langsung pasal hati orang lain. Sakit pulak hatinya apabila teringat kata-kata lelaki itu.
Selamba badak lelaki tu je cakap dia
mahu mengambil kesempatan dengan berpura-pura buat baik. Geram sungguh rasa
hatinya. Dia apa lagi, disepaknya kaki Tengku Naufal sebelum meredar. Biar
padam muka lelaki sombong tu. Siapa suruh mulut puaka sangat. Ingat kau tu
bagus sangat. Mentang-mentanglah Tengku Naufal tu ada duit dan berkedudukan,
sesuka hati je nak menghina orang lain.
Tengku Naufal tu ingat dia hadap
sangat ke dengan duit lelaki itu. Satu sen pun dia tak naklah. Dia buat baik
pun sebab rasa bersalah je. Takde niat lain pun. Yelah... sebab dia tak
pasal-pasal Tengku Naufal tu masuk hospital. Tapi tak sangka pulak, niat
baiknya akan disalah erti.
"Alah... Tu semua setakat harta
dunia je. Tu pun nak menyombong. Bila-bila masa je nikmat tu semua boleh
ditarik balik," kata Zara.
'Takpe Zara. Sabar jelah. Bukannya kau
akan jumpa pun dengan mamat sombong tu pun,' bisik hatinya.
Zara mengambil keputusan untuk
melupakan saja apa yang berlaku apa hari ni. Buat apa dia mahu menyemakkan
otaknya dengan memikirkan perkara yang tidak penting itu. Apa yang penting
kini, Zara perlu mencari kerja dengan secepat yang mungkin. Sebelum merempat
kat tepi jalan. Tak sanggup dia tidur ditepi jalan. Bahaya.
----------------------------------------
Haris ketawa terbahak-bahak mendengar
cerita Tengku Naufal. Senak betul perutnya kerana banyak ketawa. Tak sangka sahabatnya
itu terkena tendangan maut daripada seorang gadis. Cakap yang bukan-bukan lagi.
Tak pasal-pasal kan dah kena.
"Malang betul nasib kau hari ni.
Macam-macam musibah yang kau dapat. Tulah mulut puaka sangat. Kan dah
terkena," kutuknya selamba tanpa mengira perasaan Tengku Naufal. Bukannya
dia tak kenal dengan sahabatnya itu. Bercakap ikut sedap dia je. Tak kisah
langsung dengan perasaan orang lain. Nasib baik dia dah lali dengan Tengku
Naufal tu. Tak kisah dah dengan sikap Tengku Naufal.
"Kau ni bukannya kesian dengan
aku. Kawan tengah sakit ni, siap terbaring kat katil ni. Kau boleh pulak gelak
macam orang tak betul. Siap kutuk lagi aku ni. Cuba kalau kau bawak buah tangan
untuk aku. Kan senang sikit hati aku ni. Ni tak, datang sini buat menyakitkan
hati orang je," marah Tengku Naufal.
"Relax lah bro... Asal sentap
sangat ni. Macam tak biasa pulak dengan aku. Tapi... betul apa yang aku cakap
tadi. Tak salah pun kan?"
"Mmm... Apa-apa jelah. So...
macam mana dengan meeting kita tu. Kita dapat tak tender tu?" tanya Tengku
Naufal. Gusar hatinya. Takut jika usahanya menjadi sia-sia. Dia dah susah payah membuat kertas kerja untuk dibentangkan dalam meeting tersebut.
"Janganlah kau risau apa-apa.
Aku dah handle semuanya. Diorang dah setuju nak berurusan dengan syarikat
kita," terang Haris. Dia tahu Tengku Naufal memang mementing kesempurnaan
dalam segala aspek. Pantang baginya jika kalah dalam sesuatu perkara. Segala
keinginannya pasti akan didapatkan. Tak kiralah sesulit mana pun.
Lega hati Tengku Naufal mendengarya.
Dia tahu Haris memang cekap orang. Jadi dia tak perlu risau apa-apa lagi dengan
adanya Haris. Haris bukan saja sahabat baik yang memahaminya, malah Haris juga
turut serta membantunya dalam menguruskan syarikat.
"Sekarang ni... kau tak payah
fikir apa-apa lagi pasal kerja. Fokus je dengan kesihatan kau. Benda lain biar
aku yang settle kan."
"Thankslah bro..." ucap
Tengku Naufal.
"Takde hallah. Biasanyakan kau
yang tolong aku. So... sekarang ni giliran aku pulak. Ah... sebelum aku lupa.
Tadi Sally ada datang cari kau kat office tau. Dia buat hal pulak tadi. Kecoh
betul dibuatnya. Tak percaya langsung aku kata kau tak masuk. Menyampah pulak
aku dengan minah tu," kata Haris.
"Sally? Sally mana pulak kau
ni?"
"Nyanyuk betullah kau ni. Tulah
siapa suruh pasang awek banyak sangat. Kan dah tak ingat yang mana satu."
"Alah kau ni... Terus terang
jelah. Sally yang mana satu?" gesa Tengku Naufal.
"Alah yang nama dia Saleha tu.
Tapi saja je gedik-gedik nak kita panggil Sally. Kau kenal dia masa kau datang kat
fesyen show mama kau. Masa dua minggu lepas." terang Haris.
"Oh... Sally yang tu. Mmm... dia
tu rupanya. Aku dah lama tak call dia. Naik boring aku dengan minah tu. Jenis
queen control pulak tu. Dibuatnya aku macam dah jadi laki dia je. Telefon aku
24 jam. Tanya aku itu ini. Rimas aku dibuatnya," luah Tengku Naufal.
"Ye ke? Patutlah minah tu datang
nak serang kau kat office. Mesti si Sally tu naik berang sebab kau dah lama tak
call dia."
"Biarlah Sally tu. Malas aku nak
layan dia. Tak penting pun. Buang masa je. Dia ingat aku sangat ke dengan dia?"
"Tahulah kau ada banyak stok
lain. Yelah... playboy kelas pertama lah nak dikatakan. Seorang pergi, tiga
orang yang lain datang kat kau. Balik-balik aku yang gigit jari. Tak dapat
apa-apa. Huhuhu... " Haris berpura-pura sedih.
"Ramai je yang berkenan dengan
kau. Tapi saja jual mahal. Memang lah tak dapat," kata Tengku Naufal. Baginya Haris memang seorang yang handsome.
Malahan dia adalah anak seorang jutawan yang terkemuka di Malaysia. Tapi Haris
tidak mahu menunjuk. Dia lebih suka berdikari sendiri dan bergantung dengan
kekayaan milik keluargaannya.
"Alah... Aku gurau je. Aku ni
kalau boleh nak cari bini terus. Senang nak jaga aku. Tak mainlah perempuan
yang pakai baju terbuka sana sini tu," sindir Haris. Tengku Naufal hanya
tersenyum.
"Aik... perli nampak. Tahu lah
kau suka dengan perempuan yang alim. Tak macam aku ni..." kata Tengku
Naufal. Dia tahu dari dulu Haris memang tak suka dengan perangainya yang suka
bertukar-tukar perempuan. Tapi sengaja dia bukan pekak je.
"Oklah. Aku nak chow dulu. Ada
hal lepas ni. Apa-apa hal nanti jangan lupa call aku." Haris minta diri
meredar.
"Yelah... Hati-hati masa memandu
nanti," pesan Tengku Naufal.
"Kau tu pun. Rehat banyak-banyak
dan jangan fikir sangat pasal kerja kat office tu." kata Haris sebelum
beredar.
Tinggallah Tengku Naufal berseorangan
di dalam bilik rawatan. Bosan dia. Tak ada benda lain yang boleh dibuat selain
berbaring je kat katil. Nak berjalan-jalan, kakinya masih terasa
berdenyut-denyut. Ditambah-tambah lagi apabila kakinya ditendang oleh gadis tersebut. Makin sakit
dibuatnya.
Tengku Naufal tahu salah dia jugak
sengaja menghina gadis itu. Tapi nak buat macam mana, dia rasa sakit hati sangat.
Sebab gadis itu, dia terbaring di hospital sekarang.
Jgn lh marah sngt tengku naufal...ngan zara...nnti mkn diri...hope zara bawak2 ber sabar.....
ReplyDeleteZara memang selalu sabar. Tapi setiap sabar ada hadnya. Hehehe... Terima kasih sbb sudi baca dan komen...
DeleteHaha... Tengku Naufal yang sengal. Mulut pedas tahap turbo!@#$$!!! Haha... Waiting for next chapter. All the best, Kak Alyn!
ReplyDeleteStill waiting... 5 month ago...
ReplyDeleteMencontohi Zara yang penyabar. XD Hahaha.
Rilek kak. Jangan sampai stress. All the best. :)